Menu sihat untuk keluarga tersayang dan mungkin boleh dijadikan salah satu hidangan pencuci mulut untuk rumah terbuka. Anda sendiri boleh rasa mangga segar apabila digigit, jom cuba buat!
Bahan-bahan:
1 paket puding mangga segera
400 ml air
Sedikit hirisan mangga
Cara-cara menyediakannya:
- Letakkan periuk atas dapur dan masukkan serbuk puding mangga segera.
- Kemudian masukkan pula air. Hidupkan api dan kacau perlahan-lahan bahan agar tidak berketul.
- Masak air dan serbuk puding tadi sehingga semua bahan larut.
- Masukkan hirisan mangga dan kacau rata.
- Tuangkan ke dalam mangkuk atau acuan.