Friday, August 14, 2015

KEMILAUAN MASJID KRISTAL

masjid



Namanya sahaja sudah cukup menggambarkan keunikan dan kemegahan seni bina masjid ini. Untuk pengetahuan, Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Masjid yang dibina pada tahun 2006 ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Februari 2008. Turut berkenan berangkat ke majlis perasmian tersebut ialah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Berkeluasan 2, 146 meter persegi, masjid yang diperbuat daripada kaca dan keluli ini menelan kos perbelanjaan RM249.3 juta. Dianggarkan masjid ini mampu menampung 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti liputan jalur lebar tanpa wayar, WiFi. Bahan binaannya yang terdiri daripada kaca dan keluli membuatkan masjid ini kelihatan berkilauan pada waktu pagi ekoran pantulan cahaya matahari.

Pada sebelah malam pula, Masjid Kristal akan dilimpahi cahaya pelbagai warna yang sekaligus menghidangkan pemandangan indah kepada masyarakat setempat. Jadi, jika anda ke negeri Pantai Timur ini, singgahlah sebentar ke Masjid Kristal dan nikmati keunikannya.



--------------------------------------------------------------------

AL HAQ (2)



Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t