Kecintaan kepada ketenangan dan kedamaian merupakan salah satu penyebab mengapa ramai penghuni dalam Bandar membentuk taman di kediaman. Bagi kebanyakan penghuni rumah teres terutamanya jenis unit tengah, keinginan dalam merealisasikan impian memiliki sebuah taman merupakan satu cabaran. Pemilik harus memikirkan susunan terbaik kerana ruangan minima ini berkongsi dengan anjung tempat letak kereta. Tambahan pula, ruangan tanah diturap sepenuhnya dengan binaan batu simen dan susunan jubin. Namun, minat mengatasi segala halangan dan pengalaman ini mahu dikongsi kan dengan pembaca laman sebagai inspirasi bahawa sesiapa sahaja mampu memiliki laman tanpa mengira ruang dan bajet terhad.


Tip Pembinaan Taman Sempit

* Gunakan container garden sebagai ruang penanaman. Pilih pelbagai saiz container untuk mendapatkan efek bertingkat.
* Batu-batuan dapat digunakan sebagai penghias dan untuk menutupi kecacatan simen dan jubin.
* Elemen kayu pemijak adalah aksesori yang baik yang dapat diselang-selikan dengan batu-batuan kecil untuk visual semulajadi.
* Aksesori patung-patung kecil dapat menceriakan taman dan bertindak sebagai elemen tambahan baik untuk menarik minat anak-anak kecil bermain
* Elemen water feature dapat menyeimbangkan elemen hardscape dan softscape pada taman kecil