Tips panjang umur dan murah rezeki yang didedahkan oleh Rasulullah s.a.w.. Mudah dan simple pada zahirnya, tapi susah juga sebenarnya nak kekalkan.. Antara tipsnya ialah:
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. [Bukhari dan Muslim]
Huraian Hadith:
- Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah SWT dan dipanjangkan umur.
- Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.
- Hadith ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.
- Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.