Aksesori dan wanita tidak boleh dipisahkan. Setiap kali anda berdiri di hadapan cermin, pasti ada sahaja aksesori akan digayakan untuk tampil lengkap dan berkeyakinan.
ANTING-ANTING
Kenali bentuk wajah anda
· Petak
Anda sesuai mengenakan anting-anting yang jatuh dengan rekaan berbentuk bulat untuk mengurangkan ilusi segi pada wajah.
· Bujur
Anting-anting yang sesuai dengan wajah anda adalah dari rekaan berbentuk bulat.
· Bulat
Pilih anting-anting labuh untuk disesuaikan dengan bentuk wajah. Perlu diingat, anting-anting yang terlalu labuh akan kelihatan lebih sarat dan menampakkan wajah anda pendek.
· Hati
Anda bertuah! Apa sahaja rekaan anting-anting sesuai untuk digayakan.
RANTAI
· Emas
Rantai bertali labuh emas biasanya digayakan untuk kelihatan lebih anggun. Bagi yang bertudung, rantai labuh boleh disesuaikan agar menaikkan lagi seri penampilan. Sesuai digayakan semasa memakai busana tradisi.
· Perak
Rantai perak juga sesuai digayakan ketika menyarung busana tradisi seperti baju kurung dan kebaya. Selain itu, ia juga padan untuk gaya kasual. Namun, anda harus bijak menggayakannya mengikut kesesuaian umur dan baju agar tidak kelihatan suram.
· Choker
Sesuai digayakan dengan dress bertali halus atau tube dress yang memberi tumpuan penuh pada sekitar leher. Ia memberi kesan dramatik dan seksi. Ia juga boleh digayakan bersama blaus tanpa butang pada bahagian leher. Namun, elakkan memakai baju berkolar tinggi dengan pemakaian chocker di luar baju. Ia akan membuatkan anda kelihatan sarat.
-------------------------------------------------------------------
Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.
Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga
Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t