Thursday, August 27, 2015

AYAM SEMUR

Ayam Semur


Resepi enak nenek moyang kita dahulu menggunakan banyak rencah untuk menyiapkan satu resipi, salah satu rahsia sajian ialah Ayam Semur. Disebatikan dengan rempah ratus dan lebih senang dengan teknik pantas tanpa perlu mencampurkan rempah dengan air.

Bahan-bahan:

Bahan A
1 ekor ayam (potong kecil, lumur garam & lada sulah, goreng hingga masak)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 cawan santan pekat
5 sudu makan kicap pekat manis
3-4 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 batang serai - ketuk
 
 
Bahan B (kisar)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia 
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
10 biji lada hitam
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
 
 

Cara-cara:

  • Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan serai. Tumis hingga wangi.
  • Masukkan bahan B biar naik bau.
  • Masukkan cili kisar hingga masak atau pecah minyak.
  • Masukkan kicap manis dan santan, kacau.
  • Masukkan ayam. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
  • Didihkan seketika hingga semua bahan sebati. Tambah garam (jika perlu) dan lada sulah secukupnya.