Friday, August 21, 2015

STRAWBERI PISANG SMOOTHIES

smoothies


Segarkan diri daripada terik matahari dengan menikmati hidangan Strawberi Pisang Smoothies. Selain lazat dan menyegarkan, minuman ini juga cukup berkhasiat kerana mempunyai pelbagai jenis nutrisi seperti vitamin A, B dan C yang turut membekalkan tenaga kepada tubuh. Lakukan sendiri minuman ini di rumah dengan mengikuti resipi berikut.

Bahan-bahan:

10 biji strawberi
3 biji pisang emas
1 cawan susu segar
½ cawan yogurt
½ cawan kiub ais
1 scoop ais krim vanila

Cara menyediakannya:

Kisar semua bahan tersebut sehingga menjadi tekstur smoothies. Kemudian hidangkan ia dengan daun pudina. Mudah dan cepat!