Monday, August 10, 2015

KENAPA KITA MESTI BERDOA???




PENGERTIAN DOA
Doa ialah memohon sesuatu daripada Allah.

KEPENTINGAN BERDOA
  • Untuk mencapai sesuatu hajat atau kejayaan.
  • Sebagai saluran untuk kita memohon sesuatu daripada Allah SWT.
  • Sebagai senjata umat Islam.
  • Untuk menambah pahala &  bekalan di akhirat
  • Sebagai tanda syukur sebagai hamba yang lemah

MUTIARA NABI SAW
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang kamu berdoa maka hendaklah dimulakan dengan memuji Tuhannya, berselawat ke atas Nabi, kemudian pohonlah apa-apa sahaja yang dia mahu.”(Hadith Riwayat Al-Tarmizi)

ADAB BERDOA
  • Membersihkan diri drpd kekotoran & najis serta suci drpd hadas kecil dan besar.
  • Didahulukan dgn amal soleh seperti sedekah dan menunaikan solat hajat.
  • Menghadap ke arah kiblat.
  • Berdoa dengan penuh yakin.
  • Mengangkat kedua-dua tapak tangan ke atas berbetulan dengan bahu.
  • Memulakan doa dgn memuji Allah, berselawat ke atas Nabi.
  • Sebaik-baiknya berdoa dgn “doa ma’thurat” iaitu doa yg bersumberkan Al-Quran & Hadith.
  • Menyapu muka dgn dua tapak tangan apabila selesai berdoa.

WAKTU MUSTAJAB :
  • Satu pertiga malam.
  • Hari Jumaat dan malamnya.
  • Bulan Ramadan terutama mlm Lailatulqadar.
  • Hari Arafah.
  • Khatam Al-Quran.
  • Setelah mendengar azan & di antara 2 khutbah.

TEMPAT MUSTAJAB :
  • Di hadapan Kaabah.
  • Di dlm masjid terutama Masjidil Haram.
  • Multazam, antara rukun yamani dgn Makam Ibrahim.
  • Di Padang Arafah.
  • Di Raudhah, antara mimbar dgn Makam Rasulullah.
  • Di medan peperangan menentang musuh Islam

DOA YANG DITERIMA
  • Doa orang yang dizalimi.
  • Doa orang bermusafir.
  • Doa ibubapa terhadap anaknya.
  • Doa orang yang berpuasa.
  • Doa pemimpin yang adil.
  • Doa hamba yang ikhlas.
  • Doa seseorang untuk sahabatnya ketika bersendirian di luar pengetahuan sahabatnya

DOA YANG DITOLAK
  • Doa orang yang melakukan maksiat.
  • Sumber makanan, minuman, pakaian ketika berdoa daripada sumber yang haram.
  • Berdoa dengan hati yang lalai dan tidak khusyuk.
  • Berdoa dalam keadaan riak.
  • Memohon perkara yang dilaran oleh Allah SWT

KESAN TIDAK MENGAMALKAN DOA DALAM KEHIDUPAN
  • Tiada keberkatan dlm hidup.
  • Tiada pertolongan daripada Allah.
  • Tidak bersungguh-sungguh melakukan amalan
  • Menjadi manusia yang sombong dan takbur kpd Allah apabila mendapat kejayaan.
  • Mudah berputus asa apabila gagal dlm hidup.
  • Menjadi manusia yang lalai kepada Allah.