Saturday, August 22, 2015

KEK BUAH MEWANGI

Kek Buah Mewangi


Enak jika dapat menjamu selera dengan air tangan sendiri menghasilkan rahsia kek tradisional. Kali ini MW kongsikan resepi mudah Kek Buah Mewangi yang lebih istimewa dengan buah-buah yang menghiasi di permukaan dan dalam kek. 

Bahan-bahan:

250 gm mentega
200 gm gula
750 gm buah-buahan kering
60 gm tepung naik sendiri
140 gm tepung gandum
5 butir telur
1 camca esen vanila

Cara-cara membuat:

  • Pukul gula dan marjerin,  jangan terlalu kembang kerana dikhuatiri adunan cair.
  • Masukkan telur satu demi satu, esen vanila dan serbuk penaik.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kemudian kaup dan balikkan hingga sebati.
  • Masukkan  buah-buahan kering, untuk mendapatkan kek buah yang cantik, letakkan ceri merah setelah adunan tadi dimasukkan ke dalam dulang pembakar yang dilenserkan.
  • Bakar selama 1 ½ jam pada suhu  150°S.





----------------------------------------------------------------------------------------------------

AL HAQ (2)



Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t