Tuesday, August 18, 2015

LENYAPKAN MATA PANDA

Lenyapkan 'Mata Panda'



Lingkaran gelap di bawah mata menyebabkan wanita tampak lebih matang daripada usia. Ia juga menjadikan bahagian mata tampak kusam, lesu dan tidak menarik. Ramai wanita yang membuat rawatan khusus untuk merawat mata di spa namun tidak semuanya berkesan. Kami kongsi tip mengatasi lingkaran gelap yang popular dengan istilah ‘mata panda’ dalam dunia kecantikan. Jom cuba!



Timun Menyegarkan

Tidak perlu membazirkan wang membeli pelbagai produk penjagaan mata, cukup sekadar anda memanfaatkan bahan alami. Bersihkan buah timun, hiris nipis kemudian lekapkan mata mata semalaman. Keesokan pagi, bersihkan dengan air putih. Timun membantu menyegarkan kembali mata yang lesu.

Tomato Mencerahkan

Tomato mempunyai seribu satu khasiat untuk kecantikan dan kesihatan mata. Kandungan dalam sayur ini membantu mencerahkan kulit seterusnya mengatasi masalah lingkaran gelap di bawah mata. Caranya mudah, hiris tomato nipis kemudian lekapkan pada mata selama 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas wajah dengan air bersih.



Khasiat Kentang

Kentang memang enak dimakan, ia memberi nutrient yang diperlukan tubuh. Selain itu, tahukah anda kentang juga boleh merawat pelbagai masalah seperti lingkaran hitam serta tona kulit tidak sekata. Basuh kentang, buang kulitnya. Kemudian hiris nipis, lekapkan mata bahagian mata selama 10 hingga 20 minit. Khasiat yang terkandung dalam kentang akan membantu mengurangkan kesan gelap sambil mencerahkan kulit agar tampak sekata.


Uncang Teh Menenangkan

Selepas membancuh air, uncang teh jangan dibuang. Sebaliknya gunakan ia untuk merawat  mata. Lekapkan uncang teh pada mata selama 20 minit, kemudian bilas bersih. Sebaik-baiknya gunakan uncang teh hijau yang sangat efektif merawat masalah lingkaran gelap di bawah mata. Ia juga membantu mencerah serta menghaluskan kulit di bahagian mata di samping bertindak sebagai antistres.

Perahan Lemon Segar

Perah sebiji lemon segar, kemudian sapukan pada bahagian mata secara nipis. Lakukan petua ini setiap hari, anda pasti gembira dengan hasilnya. Sari lemon kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu menghilangkan kesan hitam dan menjadikan kulit berseri.

 

Elak Tidur Lewat

Lingkaran gelap di bawah mata berlaku kerana bahagian ini kurang mendapat rehat dan keletihan. Selain mengamalkan petua tradisi dan melakukan perawatan di spa, gaya hidup yang baik juga sangat penting. Elakkan tidur lewat dan pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi.



Banyakkan Minum Air Putih

Ramai wanita yang tidak minum air secukupnya. Lantaran tubuh dan wajah mudah menjadi lesu kerana kekurangan air. Kulit juga cenderung kering dan penuaan berlaku dengan cepat. Agar wajah dan tubuh kekal segar, minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya dua liter sehari. Air putih yang mencukupi akan mengelakkan berlakunya masalah lingkaran gelap atau ‘mata panda’.




---------------------------------------------------------------------------------------------------

Smart IQ




SMART IQ Menjangkau Lebih Dari Jangkauan !!
SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.

Khasiat
  • Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
  • Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
  • Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
  • Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.

Bahan-bahan
  • Serbuk koko hitam yang berkualiti
  • Susu kambing
  • Kismis
  • Madu
  • Krimer
  • Gula
  • Malt
  • Gingko Biloba
  • Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin A
  • DHA
  • mineral.
Cara Hidangan
  1. Tuangkan satu paket Smart IQ ke dalam air panas (80′c).
  2. Boleh dimakan begitu sahaja.

- Mengandungi 20 paket x 25g per kotak
- Disarankan membaca selawat 3x kali dan Al-Fatihah 1x kali serta berdoa dan berniat sebelum mengambil Smart IQ. InshaAllah, dipermudahkan untuk menuntut ilmu.