Wednesday, August 05, 2015

GAYA RINGKAS DAN MENJIMATKAN

baju


Anda tidak semestinya mengeluarkan belanja yang banyak untuk tampil menawan dengan pemakaian busana tradisi. Pemilihan corak dan fabrik yang sesuai sudah memadai untuk kelihatan anggun bergaya. Hanya perlu percikkan sedikit gaya dan identiti anda tersendiri agar pesona keyakinan bertambah sekaligus menarik perhatian mata yang memandang.

·         Pastikan anda membeli corak kain yang sesuai dengan bentuk tubuh. Jika berbadan gempal, pilih corak floral yang kecil dan manis mata memandang. Manakala yang bertubuh genit, anda boleh memilih corak bunga besar untuk tampak lebih berisi. Corak abstrak juga boleh dijadikan salah satu pilihan terbaik anda.

·         Serikan busana tradisi anda dengan menambah jahitan sulaman di bahagian leher atau tangan baju. Untuk kain yang polos, jahitan sulaman digalakkan tampak ‘berat’ sebagai titik tumpuan pada busana. Sementara untuk kain berbunga atau bercorak, jahitan sulaman ringkas sudah mencukupi.

·         Penggunaan perhiasan yang menarik turut menjadi elemen pelengkap gaya. Sekiranya mengenakan baju kurung, pastikan anda mengenakan rantai labuh. Bagi yang berkebaya pula, hiaskan bahagian dada baju dengan kerongsang.

·         Memadankan baju dengan kain pakaian dari fabrik berlainan jenis juga mampu menyerlahkan kain agar tampak mewah. Misalnya, gabungkan kain polos dengan kain tenun.

·         Gabungan warna pada pakaian juga harus dititikberatkan. Elakkan memilih kain yang mengenakan rona garang atau kain yang menggunakan lebih daripada tiga warna. Ini akan membuatkan penampilan anda cacamarba.

·         Pilih selendang atau tudung mengikut rona latar belakang pakaian.




-------------------------------------------------------------------


Smart IQ



SMART IQ Menjangkau Lebih Dari Jangkauan !!
SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.

Khasiat
  • Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
  • Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
  • Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
  • Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.

Bahan-bahan
  • Serbuk koko hitam yang berkualiti
  • Susu kambing
  • Kismis
  • Madu
  • Krimer
  • Gula
  • Malt
  • Gingko Biloba
  • Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin A
  • DHA
  • mineral.
Cara Hidangan
  1. Tuangkan satu paket Smart IQ ke dalam air panas (80′c).
  2. Boleh dimakan begitu sahaja.

- Mengandungi 20 paket x 25g per kotak
- Disarankan membaca selawat 3x kali dan Al-Fatihah 1x kali serta berdoa dan berniat sebelum mengambil Smart IQ. InshaAllah, dipermudahkan untuk menuntut ilmu.