Thursday, August 06, 2015

SOLEKAN MATA SEMULAJADI

Solekan Mata Semula Jadi


Tidak kira yang bujang mahupun sudah berkahwin dan memiliki anak, pasti akan rasa tidak lengkap andai penampilan diri tidak dititikberatkan. Lebih penting lagi, mereka mahukan wajah semula jadi cantik tanpa sebarang masalah. Padahal untuk mencantikkan diri tidak perlu terlalu beria dengan solekan tebal mahupun bergantung pada kosmetik mahal semata-mata. 
 
 
Untuk tampil natural namun menarik, anda perlu memberi fokus pada bahagian tertentu.  Sebagai contoh, jika anda ingin memberi fokus pada bahagian mata, lihat bentuk dan kesesuaian solekan untuk mata anda. Berikut tip riasan untuk membuat mata nampak lebih hidup dan indah: 
 
 
Bulu mata penuh 
• Untuk mendapatkan bulu mata yang tampak penuh, pegang gagang maskara secara vertikal ketika mengaplikasikan maskara ke bulu mata. Lapisi setiap helai bulu mata dengan menyapu dari satu sisi ke sisi lain, seperti gerakan wiper kaca depan kereta. 
 
 
Mata lebar 
• Untuk mendapatkan ilusi mata yang lebih terbuka lebar menyerupai badam, serta tulang pipi lebih tinggi, sapukan maskara secara horizontal ke atas dan ke bawah. Aplikasikan dua lapisan maskara ke bulu mata. 
 
 
Bulu mata lentik.
• Jadikan mata sebagai pusat perhatian dengan melentikkan bulu mata. Caranya, dengan menyepitnya menggunakan penyepit bulu mata setelah mengaplikasikan maskara. Maskara berperanan mempertahankan bentuk bulu mata. 
 
 
• Jika anda menyepit bulu mata sebelum mengaplikasikan maskara, bulu mata cenderung cepat kembali ke bentuk asal. Sebaiknya, aplikasikan maskara sebelum menyepit bulu mata. kemudian sapukan sekali lagi maskara untuk membuat mata lebih segar. 
 
 
Mata dramatis 
• Jika inginkan kelainan apa kata anda tukar daripada memilih maskara hitam, cuba aplikasikan maskara biru tua ke mata untuk menghasilkan kesan lebih dramatis. 
 
 
Mata bulat 
• Untuk membuat mata sepet kelihatan lebih bulat dan besar, aplikasikan penggaris putih di bahagian dalam tepi kelopak mata. 
 
 
Mata segar 
• Untuk mencerahkan bahagian mata dan menghilangkan lingkaran gelap di sekitarnya, campurkan concealer dengan highlighter cair, lalu aplikasikan di bawah mata. Concealer berfungsi untuk menyamarkan perbezaan warna  manakala highlighter berfungsi untuk memantulkan cahaya dan meminimumkan warna kebiruan atau garis-garis halus. 
 
 
Kening penuh 
• Kening yang penuh dan sedikit melengkung membuat anda terlihat lebih segar. Gunakan jenis serbuk dengan warna setingkat lebih muda daripada warna asli kening supaya dapat ratakan bahagian-bahagian yang kosong. Kemudian, sikat kening ke atas menggunakan gel kening tanpa warna. Gel ini berfungsi mempertahankan bentuk kening dan memberikan kesan kilauan secara semula jadi. 
 
 
Mata cerah 
• Untuk membuat mata terlihat lebih cerah, gunakan berus pemerah pipi warna merah muda. Setelah itu, terapkan tipis-tipis di atas kelopak mata.





----------------------------------------------------------------------------------------------------

IMG_1757 copy



Spa Salt merupakan sabun pembersih badan yang mengandungi garam dan kunyit yang dapat menghilangkan kotoran atau daki-daki di badan dengan cepat dan berkesan.

Keistimewaan
  • Mencerahkan kulit
  • Menghaluskan tubuh badan
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Membantu merawat kulit bermasalah
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Menganjalkan kulit
  • Mengurangkan masalah selulit
  • Membantu memecahkan lemak

Cara Menggunakan 
Lulur spa salt di seluruh badan & susurkan ke bahagian badan terutamanya di celah peha, di bawah lengan, siku, lutut &  biarkan selama 5-10 minit. Kemudian bilas sehingga bersih

Wednesday, August 05, 2015

PUDING MANGGA

Puding Mangga



Menu sihat untuk keluarga tersayang dan mungkin boleh dijadikan salah satu hidangan pencuci mulut untuk rumah terbuka. Anda sendiri boleh rasa mangga segar apabila digigit, jom cuba buat!

Bahan-bahan:

1 paket puding mangga segera
400 ml air
Sedikit hirisan mangga

Cara-cara menyediakannya:

  • Letakkan periuk atas dapur dan masukkan serbuk puding mangga segera.
  • Kemudian masukkan pula air.  Hidupkan api dan kacau perlahan-lahan bahan agar tidak berketul. 
  • Masak air dan serbuk puding tadi sehingga semua bahan larut.
  • Masukkan hirisan mangga dan kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk atau acuan.


ORANG SEMPURNA IMANNYA





Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”. [Riwayat:  at-Tirmizi Hadis Hasan Sahih]

Huraian Hadith: 

  • Akhlak yang baik adalah ciri-ciri kesempurnaan iman.
  • Iman yang sempurna dan akhlaknya yang baik adalah dua faktor utama dalam pembentukan peribadi yang mulia.
  • Pergaulan suami isteri yang baik dan harmoni adalah dituntut dalam Islam dan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT

MENU MALAM DIET

Pemakanan malam hari

Makan malam mungkin menjadi igauan ngeri bagi mereka yang sedang berdiet. Namun anda masih boleh menikmati makan malam bersama keluarga tetapi pastikan pemakanan anda terkawal.
 
 
Ini kerana makanan yang diambil berdekatan dengan jarak waktu tidur sememangnya meninggalkan kesan besar terhadap tubuh. MW kongsikan beberapa tip pemakanan pada sebelah malam yang boleh membantu anda.
 
 
Makan malam sebelum jam 7
Bagi anda yang suka makan malam, amalkan menjamu selera antara pukul tujuh dan lapan malam. Ketika ini, tubuh biasanya kehilangan banyak tenaga dan memerlukan makanan untuk menggantikan tenaga ini. Jadi makanan yang anda makan akan sempat melalui proses penghadaman dan digantikan sebagai tenaga, bukan lemak.
 
 
Makan bubur 
Bukan sahaja sesuai untuk anak kecil, tetapi bubur atau nasi air juga sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Pastikan kandungan gula yang sedikit. Bubur kacang hijau dan bubur jagung antara yang terbaik untuk anda.
 
 
Buah-buahan 
Nikmati buah-buahan segar setiap malam hari. Sebiji epal atau oren cukup untuk menghilangkan rasa lapar anda. Bagi yang tidak suka epal dan oren, anda boleh mengambil pisang atau tembikai. Sudah cukup membuatkan anda kenyang di malam hari.
 
 
Sup tanpa minyak
Pilih semangkuk sup penuh ayam, udang serta sayuran sebagai pelengkap sup. Pastikan sup direbus tanpa tanpa minyak. Elak mengambil sup daging yang dapat meninggikan tahap kolestrol dalam darah.
 
 
Dua keping roti
Roti kosong yang dibakar tanpa mentega atau jem cukup baik untuk tubuh bandan. Lengkapkan dengan secawan minuman coklat atau susu panas. Hidangan ini nampak rngkas tetapi memenuhi nutrisi keperluan tubuh badan. 
 
 
Air kosong
Sebagai pelengkap makan malam anda, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam. Sejam sekali minumlah air kosong, itu sudah memadai. Amalkan mengambil air kosong setiap hari agar jumlah air dalam tubuh anda mencukupi.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------

IMG_1429 copy


Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.

Fakta Nutrisi: I scoop (7gram)
Cara penggunaan: Campurkan 1 scoop ke dalam segelas air. Kacau sebati dan minum segera.
Untuk hasil terbaik, ambil 2 kali sehari, selepas makan.
Perhatian !! Wanita hamil dilarang minum minuman ini.

GAYA RINGKAS DAN MENJIMATKAN

baju


Anda tidak semestinya mengeluarkan belanja yang banyak untuk tampil menawan dengan pemakaian busana tradisi. Pemilihan corak dan fabrik yang sesuai sudah memadai untuk kelihatan anggun bergaya. Hanya perlu percikkan sedikit gaya dan identiti anda tersendiri agar pesona keyakinan bertambah sekaligus menarik perhatian mata yang memandang.

·         Pastikan anda membeli corak kain yang sesuai dengan bentuk tubuh. Jika berbadan gempal, pilih corak floral yang kecil dan manis mata memandang. Manakala yang bertubuh genit, anda boleh memilih corak bunga besar untuk tampak lebih berisi. Corak abstrak juga boleh dijadikan salah satu pilihan terbaik anda.

·         Serikan busana tradisi anda dengan menambah jahitan sulaman di bahagian leher atau tangan baju. Untuk kain yang polos, jahitan sulaman digalakkan tampak ‘berat’ sebagai titik tumpuan pada busana. Sementara untuk kain berbunga atau bercorak, jahitan sulaman ringkas sudah mencukupi.

·         Penggunaan perhiasan yang menarik turut menjadi elemen pelengkap gaya. Sekiranya mengenakan baju kurung, pastikan anda mengenakan rantai labuh. Bagi yang berkebaya pula, hiaskan bahagian dada baju dengan kerongsang.

·         Memadankan baju dengan kain pakaian dari fabrik berlainan jenis juga mampu menyerlahkan kain agar tampak mewah. Misalnya, gabungkan kain polos dengan kain tenun.

·         Gabungan warna pada pakaian juga harus dititikberatkan. Elakkan memilih kain yang mengenakan rona garang atau kain yang menggunakan lebih daripada tiga warna. Ini akan membuatkan penampilan anda cacamarba.

·         Pilih selendang atau tudung mengikut rona latar belakang pakaian.




-------------------------------------------------------------------


Smart IQ



SMART IQ Menjangkau Lebih Dari Jangkauan !!
SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.

Khasiat
  • Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
  • Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
  • Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
  • Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.

Bahan-bahan
  • Serbuk koko hitam yang berkualiti
  • Susu kambing
  • Kismis
  • Madu
  • Krimer
  • Gula
  • Malt
  • Gingko Biloba
  • Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin A
  • DHA
  • mineral.
Cara Hidangan
  1. Tuangkan satu paket Smart IQ ke dalam air panas (80′c).
  2. Boleh dimakan begitu sahaja.

- Mengandungi 20 paket x 25g per kotak
- Disarankan membaca selawat 3x kali dan Al-Fatihah 1x kali serta berdoa dan berniat sebelum mengambil Smart IQ. InshaAllah, dipermudahkan untuk menuntut ilmu.

Tuesday, August 04, 2015

LAZATNYA LASAGNA MAGGIE

LASAGNA


Bahan-bahan yang diperlukan:
3 bungkus Mi 2 minit perencah kari MAGGI dimasak

Bahan-bahan (A):
·         1 sudu besar minyak
·         2 ulas bawang putih dicencang
·         1 biji bawang besar dipotong dadu
·         200gm jejari ketam, udang dan bebola ikan dipotong dadu

Bahan-bahan (B):
·         1 cawan sos tomato MAGGI
·         1 sudu kecil CukupRasa MAGGI
·         2 sudu besar pes tomato
·         1 sudu kecil dill
·         100gm daun selasih

Bahan-bahan (C):
·         100gm mentega
·         100gm tepung
·         100gm krim
·         400ml susu
·         1 sudu kecil CukupRasa MAGGI

Untuk hiasan:
·         200gm keju mozzarella
·         100gm keju parmesan

Cara membuat Lasagna Maggi:

Panaskan ketuhar pada 150 darjah Celsius. Di dalam periuk, tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan pula bahan B untuk gaul rata dan masak selama 3 minit. Sediakan satu lagi periuk untuk mencairkan mentega dan kacau tepung hingga pekat. Tuangkan krim, susu dan CukupRasa MAGGI serta gaul sebati. Gunakan mangkuk pembakar ketuhar untuk masukkan bahan B, Mi MAGGI yang telah dimasak, sos keju dan taburan keju. Bakar selama 25 minit dan hidangkan panas. 

BEKALAN SEORANG DAI'E



Dakwah bermaksud:
Mengajak/menyeru orang buat baik ke jalan yang diredhai Allah. 

Hukum dakwah: Wajib 

Sesiapa sahaja wajib berdakwah... Jangan kata ustaz ustazah je punya kerja... sesiapa sahaja wajib ajak orang lain buat baik... dan sesiapa sahaja wajib cegah kemungkaran di depan mata... bukan tunggu orang di pejabat agama... 

Dakwah zaman moden:
Sebarkan ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat melalui blog, whatsapp. twitter dan lain-lain medan sosial....

Sesiapa sahaja boleh berdakwah, namun perlu ada ilmu, akhlak, amal dan ibadah... Tak perlu semuanya sempurna, tapi dakwahlah, ajaklah orang lain untuk sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Kerana itu juga dakwah. ... 

Jom dakwah jom... 
sebarkan ilmu dan kebaikan... kerana itu tanggungjawab kita bersama.. namun, untuk orang itu berubah itu semua kerja Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.