Thursday, April 30, 2015

11 FAKTA MENARIK TENTANG KENTUT

Mengapa kita kentut? Semua orang melakukannya, daripada Maya Karin kepada Ratu England. Malah, perkataan “fart” (kentut) adalah salah satu perkataan yang tertua dalam bahasa Inggeris! Teruskan membaca untuk mengetahui fakta-fakta yang menarik tentang kentut.
1. Apakah penyebab kentut - Kentut disebabkan oleh udara terperangkap, yang boleh datang dari pelbagai sumber. Sesetengah daripadanya adalah udara yang kita telan atau pun makanan yang kita kunyah atau minum. Udara ini disebabkan oleh gas yang meresap ke dalam usus kita daripada darah kita. Dan ada juga gas yang terhasil oleh tindak balas kimia dalam usus atau bakteria yang hidup dalam perut. Kentut biasanya terdiri daripada kira-kira 59 peratus nitrogen, 21 peratus hidrogen, 9 peratus karbon dioksida, 7 peratus metana dan 4 peratus oksigen. Hanya kira-kira satu peratus daripada kentut mengandungi gas hidrogen sulfida dan sulfur.
2. Kenapa kentut berbau busuk - Sulfur adalah elemen yang membuat kentut berbau busuk. Kentut berbunyi kerana getaran rektum. Kekuatan bunyi ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada bagaimana kuatnya tekanan gas, serta kesempitan otot selepas usus anda. Lebih banyak sulfur dalam diet anda, lebih dahsyat kentut anda akan berbau. Sesetengah makanan mengandungi sulfur lebih daripada yang lain, itulah sebabnya makanan seperti petai, jering, keju, soda, dan telur boleh menyebabkan gas yang mampu mengerutkan dahi.

3. Purata seorang manusia normal kentut sebanyak 14 kali sehari - Rata-rata manusia menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari. Walaupun ramai wanita tidak akan mengakuinya, wanita tetap kentut sekerap lelaki. Malah, satu kajian telah membuktikan bahawa apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita cenderung mempunyai gas yang lebih pekat berbanding lelaki. Jika seseorang itu kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan, mereka akan menghasilkan gas dengan tenaga bersamaan sebutir bom atom.
4. Kentut terpantas telah mencatatkan kelajuan 3 meter per saat - Walaupun kentut keluar dengan halaju yang berbeza-beza, kita biasanya menghidu baunya selama kira-kira 10-15 saat selepas itu. Ini adalah kerana ia mengambil yang lama untuk bau mencapai lubang hidung anda.
5. Menahan kentut tidak berbahaya kepada kesihatan anda - Doktor tidak bersetuju bahawa menahan kentut tidak baik untuk kesihatan. Sesetengah pakar berfikir bahawa kentut adalah sebahagian aktiviti semula jadi dalam sistem pencernaan anda, jadi menahannya tidak akan memudaratkan anda. Pendapat bahawa menahan dari kentut boleh menyebabkan kembung perut  dan gejala tidak selesa yang lain adalah tidak tepat.
6. Bagi sesetengah budaya, melepaskan kentut di depan khalayak bukanlah masalah besar - Walaupun kebanyakan budaya merasakan bahawa kentut perlu dikendalikan dengan sopan, terdapat beberapa budaya yang bukan sahaja tidak kisah melepas di khalayak ramai, tetapi mereka benar-benar membudayakannya. Satu kaum etnik Indian di Amerika Selatan yang menggunakan kentut sebagai ucapan (Yanomami). Di China pula anda sebenarnya boleh mendapatkan pekerjaan sebagai penilai bau kentut professional. Di zaman Rom purba, Maharaja Claudius, berasa takut bahawa menahan kentut dalam upacara awam adalah tidak baik untuk kesihatan, maka beliau meluluskan undang-undang yang menyatakan bahawa ia boleh diterima untuk melepas angin sewaktu jamuan.
7. Gas kentut mudah terbakar - Seperti yang dinyatakan di atas, metana dan hidrogen dalam bakteria yang menghasilkan kentut membuat gas anda sangat mudah terbakar. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang berfikir ia adalah perkara menyeronokkan untuk menghasilkan nyalaan api dari kentut. Tindakan ini jelas sangat berbahaya.
8. Anai-anai menghasilkan paling banyak kentut berbanding haiwan lain
Adalah sukar untuk mempercayai bahawa anai-anai kecil bertanggungjawab untuk kebanyakan masalah pemanasan global di bumi. Anai-anai kentut lebih banyak dari mana-mana binatang lain, yang menghasilkan gas metana. Menurut Environmental Protection Agency, “pelepasan metana ke global oleh anai-anai dianggarkan antara 2 dan 22 Tg setahun, menjadikan mereka sumber semula jadi kedua terbesar pelepasan metana. Metana dihasilkan dalam anai-anai sebagai sebahagian daripada proses biasa pencernaan.
9. Jika anda menahan kentut, ianya akan keluar sewaktu anda tidur - Walaupun anda menahan kentut anda sepanjang hari, gas akan melepaskan diri sebaik sahaja anda berada dalam keadaan santai. Apa yang lebih santai daripada tidur?
10. Manusia masih kentut selepas mati - Berikut adalah bukti bahawa anda tidak boleh melarikan diri dari kentut, walaupun selepas mati! Sehingga tiga jam selepas badan itu mati, gas terus melepasi laluan dari kedua-dua hujung saluran penghadaman, menyebabkan berlakunya sendawa atau kentut. Fenomena ini adalah disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan otot sejurus selepas mati.
11. Kemana perginya kentut jika ditahan atau tidak dikeluarkan? - Kentut tidak diserap darah dan tidak hilang dengan sendirinya. Kentut berpindah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, cuma ditunda dari melihat dunia.
==================================================
IMG_1429 copy
MARINE COLLAGEN

Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.

Fakta Nutrisi: I scoop (7gram)
Cara penggunaan: Campurkan 1 scoop ke dalam segelas air. Kacau sebati dan minum segera.
Untuk hasil terbaik, ambil 2 kali sehari, selepas makan.
Perhatian !! Wanita hamil dilarang minum minuman ini.