Thursday, April 09, 2015

TIPS SOLEKAN MUSIM HUJAN DAN SEJUK

02J92736-crop


Bedak asas
Elak guna krim asas terlalu banyak. Gantikannya dengan bedak asas. Ia dapat mengekalkan rona semulajadi anda dan solekan anda tidak terjejas berbanding dengan pemakaian krim asas. Penggunaan bedak asas juga hanya ikut keperluan anda sahaja kerana ia hanya untuk memastikan wajah anda tidak kelihatan berminyak.

Pemerah pipi
Gunakan pemerah pipi yang berjenis krim. Hanya sapukan sedikit dan tidak terlalu banyak. Jika anda terdedah pada air hujan, hanya dab dengan tisu dan tidak perlu menyapu di seluruh wajah anda. Ketika anda menyapu pemerah pipi, sapukannya ke arah ke luar permukaan wajah. Pastikan ia membuat anda kelihatan cantik semulajadi dan tidak terlalu ketara. Gunakan rona-rona pastel tatkala musim sejuk.

Pembayang mata
Gunakan rona-rona semulajadi dan pastel untuk bahagian mata ketika musim hujan ini seperti beige, coklat dan merah jambu. Gunakan pembayang mata yang berjenis serbuk kerana ia untuk mengelakkan dari pembayang mata tersebut cair pada wajah anda kerana hujan.

Maskara
Maskara adalah satu alat solekan yang patut dielakkan ketika musim hujan. Sekurang-kurangnya gunakan maskara yang berjenis tahan air untuk mengelakkan dari comot.

Penggaris mata
Gunakan penggaris mata jenis pensel ketika musim hujan ini. Ia dapat mengelakkan daripada ia comot di bahagian mata anda jika anda terdedah kepada hujan. Cara yang paling selamat dan terhindar dari comot pada wajah anda, hanya calitkan sedikit penggaris mata di bahagian atas kelopak mata dan sedikit di bahagian bawah mata.

Gincu
Gunakan gincu atau pewarna bibir yang boleh bertahan lama ketika musim hujan ini. Penggunaan gincu atau pewarna bibir jenis matte adalah pilihan yang paling baik untuk musim ini. Elak dari menggunakan lip gloss kerana ia akan menjadi melekit dan mudah comot ketika anda dalam keadaan basah. Gunakan rona-rona gelap kerana ia dapat menaikkan rupa paras anda dan ia boleh bertahan lebih lama.

Rambut
Jangan biarkan rambut anda terdedah pada hujan. Ikat dan sanggul menjadi bun serta kemas dan cantikkan menggunakan aksesori rambut. Elak dari penggunaan spray dan gel rambut. Sapukan sedikit vitamin minyak untuk rambut kerana ia dapat membantu dalam mengatasi rambut keras dan kering. Bilas dan cuci rambut menggunakan syampu rambut jika rambut anda terkena hujan serta gunakan conditioner rambut agar rambut sentiasa kekal lembap dan terurus.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


QASEH BEAUTY SET 4 IN 1
dfsdf

Boleh Mengatasi
  • Masalah jeragat
  • Masalah jerawat parah
  • Parut dan cela 
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kulit gelap
  • Bintik hitam

Cara Penggunaan
Langkah 1: Bersihkan muka dengan Beauty Soap. Urut secara perlahan-lahan dan bilas.
Langkah 2: Semburkan Scar Toner pada kapas muka, kemudian ratakan scar toner pada keseluruhan muka sehingga rata.
Langkah 3: Sapukan UV  Pearl Cream  pada keseluruhan muka sehingga rata pada waktu siang.
Langkah 4: Pada waktu malam, ulangi langkah 1 dan 2. Kemudian sapukan D’Kunyit krim secara nipis pada keseluruhan muka.