Friday, April 10, 2015

TIP PILIH KASUT BERTUMIT

Tip Pilih Kasut Bertumit



Biar sudah mengetahui kesan buruk daripada pemakaian kasut tumit tinggi, namun ia masih menjadi pilihan wanita untuk disarungkan di kaki. Jika tuntutan kerja memerlukan anda selalu memakai kasut ini, sebaiknya pilih yang sesuai untuk kaki dan kesihatan kaki anda. Ada kajian mengatakan  90%  wanita yang memakai kasut tumit tinggi mengalami masalah lenguh-lenguh, nyeri, serta bengkak. 
 
 
Ini mungkin disebabkan kasut tersebut tidak dapat menampung postur kaki dengan baik. Ketika tumit berada lebih tinggi dari kaki bahagian depan, umumnya berat badan akan dibebankan pada hujung kaki bahagian depan saja. Inilah mengapa kaki mengalami masalah seperti yang disebutkan di atas.
 
 
Fakta si tumit tinggi
 
Tumit terbaik.
Tinggi tumit terbaik yang sesuai untuk kaki adalah sekitar 3-5 cm. Pada ketinggian ini, kaki masih merasa selesa dan tidak terlalu membuat anda kesakitan. Otot-otot kaki juga tidak dipaksa bertahan terlalu lama terutama untuk menahan berat badan.
 
 
Rasa panas pada kaki
Rasa panas terbakar pada kaki akan dialami oleh wanita yang berdiri lama dengan mengenakan kasut ini. Ini disebabkan oleh tekanan serta suhu di dalam kasut mengundang rasa terbakar pada tumit dan kaki.
 
 
Bahaya jika berlari 
Berdiri lama dan berjalan dengan mengenakan kasut tumit tinggi sudah cukup berbahaya, apatah lagi jika anda berlari. Ia dapat meningkatkan potensi kecederaan pada kaki, terutama bahagian tumit dan lutut yang boleh menyebabkan artritis.
 
 
Berat badan dibebankan pada kaki
Kaki terpaksa menahan berat badan setiap kali anda mengenakan kasut yang tumitnya tinggi lebih daripada 5 cm. Semakin berat badan anda, beban yang harus anda tahan semakin besar pula.
 
 
Tip pilih kasut bertumit: 
 
1. Pilihlah tumit yang tidak terlalu tinggi. 
 
2. Gunakan setidak-tidaknya tapaknya tinggi 2-3 cm, ini tidak akan membuat anda terlalu menderita meskipun banyak aktiviti yang dilakukan.
 
3.  Alas kasut
Pilihlah alas kasut yang lembut dan tidak kaku agar kaki anda tidak terluka ketika berjalan.
 
4. Pakai jika perlu
Gunakan kasut tumit tinggi hanya apabila anda perlu sahaja. Usai tamat aktiviti tersebut, tukar kepada kasut yang lebih selesa.
 
5.  Relaksasi
Lakukan relaksasi segera setelah anda menggunakan kasut tumit tinggi, misalnya dengan merendam kaki dengan air suami sambil diurut atau berbaring dengan menggantung kaki lebih tinggi dari posisi kepala.
 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


glora capuccino


Glo’ra Cappucino adalah kopi untuk mencerahkan kulit yang kusam atau gelap dengan pantas dan efektif. Kesan pemutihan akan dialami dari hujung rambut ke hujung kaki menjadikan kulit seluruh badan anda mendapat warna yang sekata, lebih cerah dan putih serta halus bak kulit bayi.
Campuran sebuk mutiara iaitu bahan pelembap semulajadi kulit anda, sumber protein, vitamin B kompleks, polisakarida, dan sedozen mineral kepada tubuh badan. Serbuk mutiara juga mengandungi asid amino yang berfugsi spesifik untuk menggelakkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien dan idak memperlihatkan kulit kelihatan tua dan berkedut.

Kebaikan Glo’ ra Cappucino
  • Menerangkan mata dan awet muda
  • Meningkatkan tenaga dan mengurangkan stress
  • Merapat, memontok, menegang dan menyerikan
  • Melembutkan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Wajah kelihatan lebih cerah, gebu, bersinar dan berseri-seri
  • Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
  • Meningkatkan imunasi badan, baik untuk kesihatan luaran dan dalaman
  • Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  • Melangsingkan dan menjadikan bentuk badan menarik
  • Rambut lebih sihat, bersinar dan lembut
  • Untuk kuku kaki dan tangan yang sihat dan cantik
  • Sesuai untuk semua wanita yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman