Monday, April 20, 2015

BENTUK BIBIR SERLAHKAN WARNA BIBIR

images (1)

Sebelum mengenakan gincu kenali bibir anda. Jangan sembarangan memilih rona gincu. Bukan semua bibir sesuai untuk memakai gincu matte, gincu jenis kilat, dan pengilat bibir. Sesetengah wanita memiliki bibir mungil yang boleh dihiasi dengan palitan gincu bersama pengilat bibir dan ada yang tidak. Berikut adalah empat tip yang mesti anda tahu:
 
  • Lihat bentuk bibir anda. Jika nipis, digalakkan untuk melukis bentuk bibir dengan pensil bibir. Kemudian barulah oleskan dengan gincu. Serlahkan bentuk bibir anda dengan sapuan pengilat bibir.
  • Sekiranya anda mempunyai bibir yang tebal, gincu jenis matte adalah paling sesuai. Ia akan membuatkan bentuk bibir anda kelihatan seksi dan 'penuh'. Walaupun begitu, pengilat bibir tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan bentuk bibir tampak terlalu besar. 
  • Bibir yang tipis pada sebelah bahagian sahaja turut digalakkan untuk 'diperbesarkan'. Gunakan pensil bibir dan lukis bentuk bibir pada bahagian bibir yang tipis. Sapuan gincu jenis kilat amat digalakkan.
  • Bibir yang kering juga menjadi satu masalah. Sebagai penyelesaiannya pakailah pelembap bibir sebelum mengenakan gincu. Jika masalah tersebut agak teruk, seeloknya sapukan pelembap bibir sahaja terlebih dahulu sehingga bibr anda kembali elok.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

LIPSTIC COLLAGEN PIC




Lipstick merupakan salah satu alat make up yang digunakan oleh kaum hawa untuk menampakkan kecantikannya. Oleh itu, lipstick Jalinan Qaseh telah direka khas dengan gabungan collagen yang mempunyai banyak khasiat bagi membantu wanita meningkatkan kecantikan agar mereka sentiasa cantik dan menarik.

Keistimewaan
  • Merawat masalah bibir merekah
  • Pecah
  • Ulser
  • Mencerahkan bibir
  • Menjadikan bibir merah jambu
  • Bibir tampak lebih seksi serta munggil