Friday, February 27, 2015

10 KESALAHAN KETIKA MENCUCI MUKA

Setiap hari kita akan membasuh muka. Biarpun ia nampak mudah namun ada beberapa kesilapan yang sering kita lakukan menyebabkan kulit wajah mudah rosak.
Mencuci muka bukan sekadar membasahkan muka, menanggalkan kotoran dengan produk pembersih wajah, membilas dengan air bersih dan kemudian lap kering dengan tuala.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan 10 Kesalahan Ketika Mencuci Muka
1) Salah memilih produk pembersih muka
  • Pembersih muka yang sesuai adalah yang mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap sebaliknya tidak mengurangkan kelembapan semula jadi pada muka anda. Kesilapan memilih produk akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau berlakunya iritasi pada wajah.

2) Jangan ‘terlebih’ 
  • Cukup dengan hanya membersih muka sekali atau dua kali setiap hari. Terlebih melakukannya akan mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Jika anda tidak mengenakan solekan, tidak berpeluh terlalu banyak dan tidak terdedah kepada sinar matahari, anda harus elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.

3) Salah suhu air 
  • Suhu air yang panas akan membuka liang roma kulit wajah manakala suhu air yang sejuk pula akan menutupnya semula. Liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup dengan sendirinya. Biarpun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan kulit muka menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.

4) Pengggunaan skrub wajah 
  • Anda boleh menggunakan skrub untuk muka tetapi jangan gunakan dengan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah mencukupi.

5) Tidak bersihkan betul-betul 
  • Jika kita tidak membersihkan muka dengan betul akan menyebabkan pori tersumbat. Ruti membasuh muka tidak boleh diambil mudah. Bahagian bawah rahang, garis rambut, dan hidung selalu dibiarkan. Tunjukkan sedikit kasih sayang pada wajah anda, bersihkan kesemua bahagian muka.

6) Guna produk dengan bahan kimia 
  • Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Campuran bahan-bahan ini di dalam produk kecantikan yang anda gunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka terutamanya jika kulit anda jenis yang sensitif. Baca label kandungan bahan dalam produk terlebih dahulu sebelum anda membelinya.

7) Jangan gosok dengan tuala 
  • Lap muka dengan lembut, jangan digosok dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Dalam erti kata lain, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.

8) Jangan tangguh guna pelembap 
  • Bagi memaksimumkan penyerapan pelembap wajah, lakukan ia sebaik sahaja anda selesai membersihkan muka. Begitu juga jika anda menggunakan sebarang serum atau produk perawatan wajah. Membiarkan muka kering terlebih dahulu sebelum mengoles pelembap ke wajah hanya akan menyukarkan proses penyerapan bahan aktif ke dalam kulit anda.

9) Jangan beli produk yang tidak dikenali 
  • Elakkan membeli produk pembersih wajah yang jenamanya tidak dikenali atau kurang berkualiti. Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang seperti serum.

10) Produk berasaskan minyak baik untuk kulit 
  • Ramai yang takut membeli produk berasaskan minyak dengan alasan akan menutup pori. Sebenarnya produk ini antara yang terbaik. Minyak berkesan untuk menanggalkan kotoran secara berkesan. Carilah produk berasaskan minyak yang ada campuran tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, bunga matahari, dan biji anggur. Ratakan minyak pada wajah dan lap bersih dengan kain yang direndam dalam air suam. Kemudian barulah dibersihkan dengan air.