Thursday, February 19, 2015

8 JENIS MAKANAN UBATI STRESS

1. Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stres dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

2. Coklat gelap bersama kacang badam
Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stres. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan. ‘Best’ tu!

3. Smoothies
Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda. Cubalah!

4. Kekacang dan biji-bijian
Haaa… Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stres dan menggalakkan hormon-hormon sihat.

5. Keledek
Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan ‘syok’!

6.Yogurt dengan buah beri
Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

7. Kari sayur-sayuran
Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga, dan semua ini boleh didapati hanya dari sebuah mangkuk!

8.Teh hijau
Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.