Dapat mangga manis dengan isinya oren kekuningan memang buat kecur air liur. Mangga mungkin bukan kegemaran semua orang, tetapi jika anda tahu khasiatnya, anda mungkin nak makan mangga hari-hari.
Mengurangkan paras kolesterol
Tahap vitamin C, pectin dan serat yang ditemui di tahap yang tinggi dalam mangga mampu untuk mengurangkan tahap kolesterol serum di dalam badan, khususnya LDL atau (low-density lipoprotein) juga dikenali sebagai kolestrol jahat.
Mangga dapat elak kanser
Kajian telah menunjukkan sebatian antioksidan dalam buah mangga telah ditemui untuk melindungi anda daripada kanser kolon, kanser payudara, kanser prostat dan leukemia. Sebatian ini adalahisoquercitrin, quercetin, fisetin, astragalin, methylgallat serta kandungan enzim yang banyak.
Membantu penghadaman
Terdapat banyak buah-buahan serat termasuk mangga yang mempunyai kualiti serat yang dapat membantu proses penyingkiran bahan yang tidak diperlukan badan juga memperbaiki penghadaman.
Kesihatan mata
Secawan jus mangga yang dihiris membekalkan 24 peratus daripada nilai harian Vitamin A yang diperlukan oleh badan yang dapat membantu memperbaiki tahap kejelasan mata anda serta mencegah mata daripada menjadi kering.
Merangsang sistem imuniti badan
Kandungan vitamin A dan juga vitamin C dalam mangga ditambah dengan 26 jenis carotenoids penuh manfaat pada badan manusia dapat membantu memastikan sistem imuniti anda menjadi lebih kuat dan sihat.
Siapa sangka buah yang begitu enak rasanya ini mengandungi pelbagai khasiat berguna buat tubuh badan manusia. Jadikan ia sebagai amalan pemakanan anda setiap hari agar anda kekal sihat menjalani hari-hari mendatang.