Saturday, February 28, 2015

8 PAHALA YANG BERTERUSAN SETELAH MENINGGAL DUNIA


Anas r.a berkata bahawa terdapat lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun hamba Allah itu telah meninggal dunia.
Antaranya ialah :
SATU – Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beribadat

DUA – Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya

TIGA – Sesiapa yang menulis mashaf(naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya

EMPAT – Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya

LIMA – Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau haiwan

ENAM – Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya

TUJUH – Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya

LAPAN – Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikitpun mengurangkan pahalanya
Jom sama-sama kita mengutip pahala ini. Moga-moga ia menjadi bekalan kita di akhirat kelak.