Tuesday, February 17, 2015

TIPS CEGAH KANSER PAYUDARA

Ramai yang mungkin hairan jika ada makanan khusus yang boleh membantu mengurangkan penyakit tertentu. Kita semua tau ada makanan sihat yang bagus untuk jantung, tetapi adakah cara mengamalkan makanan yang sihat untuk mengurangkan risiko kanser payudara? Ikuti tips di bawah sebagai panduan pemakanan untuk anda kurangkan risiko kanser payudara.

1. Kekalkan pengambilan makanan rendah lemak, tidak melebihi 30 gram lemak setiap hari. Ini akan membantu mengekalkan diet seimbang yang juga membantu menurunkan berat badan. Estrogen disimpan pada lemak tubuh, jadi lebih sedikit lemak yang kita bawa, lebih baik.
2. Masukkan brokoli ke dalam makanan dan menu harian anda. Makan sepinggan brokoli setiap hari dan anda akan mendapat manfaat khasiat sulfuraphane yang terdapat di dalamnya. Bahan sulfuraphane ini terbukti secara ilmiah dapat mengurangkan risiko kanser payudara.

3. Jangan lupa makan buah-buahan dan masukkan sayur-sayuran lain dalam menu anda.

4. Makan tomato yang kaya dengan likopen kerana ia merupakan agen yang berfungsi mengurangkan risiko kanser.

5. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Elakkan makan dengan banyak sekaligus. Cara ini dapat membantu saluran pencernaan anda dan meningkatkan/memperbaiki metabolisme anda.

6. Minum teh hijau yang kaya dengan antioksidan.     

7. Makan coklat gelap sekali sekala kerana coklat gelap terbukti sebagai agen yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Flavonoid yang terdapat pada coklat gelap (dark chocolate) juga dapat membantu untuk anda kelihatan awet muda. Elakkan pengambilan coklat manis kerana tidak mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan anda.