Thursday, February 19, 2015

DOA DAN BACAAN KETIKA MENGAMBIL WUDHUK

1. Ketika berkumur
berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
2. Ketika membasuh muka
berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
3. Ketika membasuh tangan kanan
berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
4. Ketika membasuh tangan kiri
berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini”.
5. Ketika membasuh kepala
berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.
6. Ketika membasuh telinga
berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
7. Ketika membasuh kaki kanan
berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
8. Ketika membasuh kaki kiri
berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat”

Dan setelah selesai, bacalah doa selepas wuduk dan boleh mulakan solat.