Masalah tumit pecah boleh berlaku dan sering terjadi kepada wanita tanpa mengira usia. Tumit pecah terjadi apabila terdapat rekahan kulit pada bahagian tumit dan mengeras. Keadaan ini bukan sahaja nampak kaki menjadi tidak cantik malah kadangkala menyakitkan kerana rekahan tersebut boleh menyebabkan luka. Berikut ada tips yang boleh diikuti bagi mengelakkan tumit pecah berlaku.
- Selalu mengambil air putih untuk menjaga kulit dari dehidrasi
- Selalu mencuci kaki setelah beraktiviti keluar rumah
- Lakukan eksfoliasi atau pengelupasan secara berkala. Gunakan skrub kaki untuk menggosok dan menanggalkan kulit mati.
- Menggosok menggunakan batu apung juga membantu membersihkan kulit mati
- Setelah membersihkan daki, oleskan krim kaki atau petroleum jelly.
- Cara lain mengatasi tumit pecah-pecah adalah penggunaan lilin paraffin yang dicairkan. Lalu mencampurkannya dengan sedikit minyak kelapa dan sapukan campurannya pada tumit sebelum tidur. Setelah bangun daripada tidur, cuci kaki hingga bersih.
- Cubalah berjalan di atas rumput tanpa memakai alas kaki setiap pagi. Latihan ini meremajakan kaki dan meningkatkan saraf penglihatan.