Wednesday, February 25, 2015

5 CARA PAKAI KASUT TUMIT TINGGI

hiasan

Suka tengok orang pakai kasut bertumit tinggi. Teringin untuk mencubanya tetapi tidak selesa. Bila pakai, kaki terasa sakit. Kita juga sering mendengar atau terbaca tentang keburukan memakai kasut bertumit tinggi dalam tempoh jangka masa panjang. Entri kali ini berkongsi lima tip memakai kasut bertumit tinggi dengan selesa, tanpa rasa sakit!

PILIH KETINGGIAN YANG SESUAI
Pilih tumit wajar yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tak salah memilih tumit yang runcing dan setinggi yang anda mahu. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai sahaja wedges.

REHATKAN KAKI
Adalah baik untuk merehatkan kaki anda sekali-sekala. Tanggalkan kasut tumit anda dan regangkan atau urut kaki anda. Cara ini akan membenarkan kaki anda ‘bernafas’ dan mengurangkan geseran kulit kaki yang menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak sakit.

JANGAN PAKAI KASUT TERLALU LAMA
Selalu bawa sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai lebih daripada empat kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya dua hari di antaranya.

CARA BERJALAN
Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah yang pada masa yangsama. Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai flat shoes - dengan setiaplangkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu dan kemudian jari kaki anda.

BELI JENAMA DAN KUALITI TERBAIK
Biasanya kasut dari jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki anda berbanding kasut tumit yang boleh didapati di mana-mana kedai biasa. Jika anda mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dan harga berpatutan. Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya murah. Kasut yang diperbuat dari plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh, melecet, dan membengkak.