Monday, February 23, 2015

DOA AGAR AMALAN DITERIMA

doa agar diterima amalan

“Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah ayat 127]
Keterangan :
Menurut al-Imam al-Sawi dalam Tafsir al-Sawi, ayat ini menggambarkan sikap merendah Nabi Ibrahim a.s membina Ka’abah. Binaan Ka’abah yang diletakkan oleh para malaikat dan Nabi Adam a.s kemudiannya musnah semasa berlaku taufan besar. Jibrail kemudiannya telah membawakan al-Hajar al-Aswad yang tersembunyi dan menunjukkan kepada Nabi Ibrahim pelan pembinaannya. kemudian, Ka’abah melalui proses pembaikpulihan pada zaman Amaliqah, bani Jurhum, Qusai dan akhirnya pada zaman bani Quraisy terdapat beberapa kali dibaiki.
( Tafsir al-Sawi, tafsir ayat 126-127 surah al-Baqarah )