Monday, February 23, 2015

JOM CANTIK DENGAN BAHAN ORGANIK



Jangan Percaya Label Yang Anda Nampak
Hanya disebabkan produk itu berlabel ‘natural’, tidak bermakna ia dibuat daripada segala sumber semula jadi yang ada. Tahukah anda, produk berlabel ‘organic’ harus mengandungi 95 peratus kandungan bahan berasaskan organik, namun label ‘natural’ atau ‘diperbuat daripada sumber organik’ masih berpotensi mengandungi bahan kimia merbahaya. Jika anda inginkan kepastian tentang sesuatu produk, dapatkan sahaja info-info tambahan dari internet. Pastikan sumber anda boleh dipercayai ya.

Pelembab Terbaik Adalah Minyak
Bagi anda yang gemarkan bahan berasaskan organik, anda hanya perlu menggunakan minyak sebagai pelembab kulit anda. “Just keep it simple!”  Tidak perlulah mencari pelembab berbentuk krim atau losyen kerana minyak sahaja sudah mencukupi. Ada banyak minyak berguna untuk memelihara kelembapan kulit serta dapat memperbaiki struktur kulit rosak. Minyak kacang badam, jojoba, zaitun, minyak kelapa dara dan banyak lagi boleh anda gunakan sebagi pengganti krim pelembab yang kebanyakkannya telah diproses dengan pelbagai campuran kimia yang kita sendiri tidak tahu bahayanya.

Pilih ‘Deodarant’ Yang Sihat
Aspek penjagaan diri di bahagaian sulit seperti bawah lengan adalah penting terutama dari segi bahan yang anda gunakan pada setiap hari. Hal ini kerana bahagian tersebut walaupun tertutup, jika tidak dijaga dengan rapi, mampu mengundang kepada beberapa penyakit merbahaya seperti kanser. Pastikan kandungan bahan yang digunakan adalah benar-benar selamat dan elakkan daripada menggunakan ‘deodarant’ ketika anda berada di rumah. Sekali sekala tidak salah untuk anda memberi ruang untuk kulit anda bernafas dengan bebas bukan?

Bahan Organik Tidak Semestinya Sesuai Untuk  Anda
Percaya atau tidak, tidak semua orang sesuai menggunakan produk organik. Sebagai contoh, bahan organik seperti minyak kelapa, aloe vera, teh hijau yang mungkin selamat untuk anda, tetapi ia tidak berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan bermasalah. Penggunaan minyak hanya akan memburukkan keadaan dan membuatkan kulit yang berjerawat  menjadi lebih teruk. Beberapa produk yang bersumberkan buah-buahan juga mampu memberi kesan seperti ruam untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.