Thursday, February 19, 2015

SELENDANG POLOS ATAU CETAKAN?

Selendang Polos
-Amat sesuai untuk digayakan ke mana-mana sahaja baik ke majlis formal ataupun acara santai.
-Tanpa sebarang cetakan, selendang polos biasanya menjadi pilihan bagi yang gemar tampil ringkas.
-Kini, terdapat pelbagai warna hadir daripada yang terang benderang hingga ke kelam muram untuk digayakan.
-Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Selendang polos sentiasa kena dengan peredaran zaman.
-Jenis tudung yang sering hadir dengan rekaan polos adalah dari jenis bawal, half moon, satin dan juga pashmina.

Selendang Bercetak
-Paling afdal untuk acara santai. Namun, jika kena dengan gaya, selendang ini boleh digayakan ke tempat kerja mahupun majlis formal.
-Kini, terdapat banyak selendang bercetak yang dapat dijadikan pilihan seperti cetakan binatang, bunga, ikat celup, geometri dan banyak lagi.
-Lebih variasi pada masa ini, selendang cetakan hadir dengan cetakan lebih comel seperti gincu, reben, kek cawan dan pelbagai lagi buat mencipta mood funky kala bergaya.
-Selendang bercorak dilihat hit hanya pada masa-masa tertentu dan corak cetakannya sentiasa berubah-ubah.
-Kebanyakan selendang dan tudung jenis awning kerap hadir dengan rekaan cetakan yang meriah dan pelbagai.