Sunday, February 22, 2015

6 GOLONGAN YANG DICINTAI ALLAH


Berikut enam golongan hamba yang dicintai ALLAH :
  1. ORANG yang bertaqwa
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa” (Surah al-Tauwbah 9:4)
  1. ORANG yang cepat-cepat bertaubat
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” (Sural al-Baqarah 2:222)
  1. ORANG yang adil 
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil” (Surah al-Mumtahanah 60:8)
  1. ORANG yang bertawakal
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya” (Surah Ali’Imran 3:159)
  1. ORANG yang berbuat kebaikan
“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik” (Surah al-Baqarah 2:195)
  1. ORANG yang berjuang pada jalan Allah
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (Surah al-Saff 61:41)
Semoga kita semua termasuk dalam golongan-golongan yang dicintaiNYA. Amin.