Friday, February 27, 2015

MAKANAN UNTUK KESIHATAN WANITA

hiasan

YOGURT
Infeksi atau jangkitan pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita yang menghidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan jangkitan ini.  Pengambilan yogurt juga dapat mencegah penyakit radang usus dan menguatkan sistem ketahanan tubuh dari sebarang penyakit.

STRAWBERI DAN KIWI
Tahukah anda terdapat cara tradisional yang membantu memutihkan gigi anda iaitu dengan memakan strawberi dan kiwi. Bukan sahaja anda bertambah sihat, gigi juga makin putih berseri. Cubalah!

KOPI
Minum kopi dapat melawan stres dan depresi.  Kandungan kopi dapat membantu menurunkan kesan depresi sebanyak 10% berbanding mereka yang tidak minum kopi. Lebih bagus jika anda minum kopi yang hangat pada waktu pagi kerana ia dapat memberikan ketenangan untuk memulakan hari anda.