Tuesday, February 24, 2015

RESEPI PAVLOVA CINTA

Gambar hiasan

Pasti ramai peminat pavlova, bukan? Takkan asyik nak beli di kedai saja. Cubalah buat sendiri. Kami ada resepi pavlova yang sungguh lazat buat kamu.

Bahan-bahan:

3 biji Telur putih saiz A
1 cawan Gula kastor
1 sudu besar Esen vanila
1 sudu besar Cuka epal
1 sudu besar Tepung jagung

Cara-cara membuatnya:
1-     Pertama sekali, pukul telur putih bersama gula sehingga kental.
2-     Masukkan esen vanila dan pukul lagi selama seminit.
3-     Kemudian, masukkan cuka dan tepung jagung pula.
4-     Teruskan memukul sehingga 2 1 minit.
5-     Letakkan baking paper di atas loyang pembakar. Panaskan ketuhar 130 Celsius.
6-     Bentukkan adunan tadi di atas baking paper dan bakar selama 1 jam.

Bahan-bahan membuat krim vanila:

250 gm Krim whipping
1 sudu Esen vanila
Buah strawberi dan kiwi (hiasan)

Cara-cara membuat krim vanila:
1-      Pukul krim whipping sehingga kental.
2-      Masukkan esen vanila dan pukul sedikit hingga rata.
3-      Dibiarkan sejuk sebentar di dalam peti sejuk.
4-      Sediakan buah-buahan pilihan anda seperti strawberi dan kiwi.
5-      Dipotong cantik dan diletakkan pada pavlova.