Friday, April 03, 2015

CARA MEMILIH BEDAK ASAS YANG BETUL UNTUK WAJAH ANDA

Asas solekan yang sempurna akan menyerlahkan lagi penampilan anda, tidak guna mata dirias cantik jika asasnya bercapuk dan kelabu. Adalah penting untuk anda mengetahui jenis bedak asas dan ton yang tepat pada wajah agar penampilan tampil sempurna.
Cecair - Sering menjadi pilihan kerana teksturnya lembut malah mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering. Sapuan tipis akan menampakkan kulit lebih segar dan menawan. Namun perlu diingat untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, pastikan ia dilabel sesuai untuk semua jenis kulit.
Krim - Sesuai untuk jenis kulit yang bermasalah kerana ia tidak melekit dan mengeluarkan minyak. Walaupun bedak jenis ini sedikit pekat tetapi ia tetap mudah dipakai. Elakkan menyapunya secara berlebihan kerana dikhuatiri mudah diserap ke dalam kulit. Dinasihatkan menyapu secara berhati-hati bagi mengelakkan warna kulit jadi tidak sekata. 
Bedak padat - Lebih serasi untuk kulit jenis normal dan sedikit berminyak. Bedak asas jenis ini tidak perlu dicampurkan dengan bedak lain kerana ia adalah gabungan bedak asas dan bedak. Sekiranya anda mempunyai kulit kering dan lebih selesa menggunakan bedak asas padat, pastikan anda menggunakan jenis ‘2 Way Cake’ atau‘2 Way Faundation’, yakni anda boleh menggunakannya dalam keadaan lembap dengan hanya melembapkan span. Dengan itu kulit akan tampak sedikit lembap. 
Teknik Sapuan Bedak Asas
1. Pastikan muka bersih daripada minyak. Mengelak solekan cepat pudar disebabkan kulit berminyak dan kelihatan tidak sekata.
2. Untuk sapuan di sekitar mata, lakukan dari luar ekor mata ke dalam dengan cara bulatan. Sapuan membulat dari luar ekor mata sehingga ke sudut mata bagi memberikan kesan sekata.
3. Sapuan yang betul haruslah dengan cara ke bawah kerana untuk selari dengan liang roma, atau menarik ke arah luar kiri dan kanan agar litupannya lebih menyeluruh dan sempurna.
Majalah EH
===================================================================

gsfg

COVERMARK FOUNDATION

Fungsi

  • Bedak asas  SPF 60, melindungi dari sinaran UV
  • Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
  • Merawat masalah wajah yang rosak
  • Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
  • Tahan 12 jam dan tidak berminyak
  • Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
  • Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita 

Keistimewaan
·      Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
·      Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
·      Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.
·      Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.