1. Bersederhana semasa makan dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
2. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh.
Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
3. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
4. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
5. Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
6. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
7. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.