Tuesday, February 03, 2015

TIPS PENJAGAAN KULIT BERJERAWAT

penjagaan kulit muka berminyak dan berjerawat
  1. Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).
  2. Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.
  3. Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.)
  4. Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)
  5. Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.
  6. Kurangkan makanan berminyak
  7. Minum air dengan banyak setiap hari
  8. Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
  9. Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  10. Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.