1. Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan pada mata.
2. Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.
3. Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik pada seluruh bahagian mata.
4. Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.
5. Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.
6. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!
7. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5.