Saturday, May 30, 2015

10 AIR TERJUN PALING CANTIK DI DUNIA

Anda pasti bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa air terjun adalah pemandangan luar biasa keindahannya yang dianugerahkan Allah buat tatapan manusia. Bukan satu, tetapi di dunia ini sebenarnya banyak air terjun dengan keindahannya yang sangat mengagumkan. Mensyukuri nikmat diatas keindahan anugerah Allah yang tersebar di segenap penjuru dunia.

Air Terjun Niagara
Canada/USA


Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA ini walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik yang terdapat di muka bumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".

Air Terjun Angel
Venezuela


Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

Air Terjun Iguazu
Brazil/Argentina


Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Air Terjun Iguazu terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

Air Terjun Victoria
Afrika


Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara yang paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.

Air Terjun Gullfoss
Iceland


Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

Air Terjun Upside Down
Hawaii


Sesuai dengan namanya, Air Terjun Upside Down yang terletak di Gunung Konahuanu, Pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil yang berterbangan ke udara.

Air Terjun Nachi
Jepun


Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.

Air Terjun Giessbach
Switzerland


Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Air Terjun Giessbach di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangannya bertambah indah apabila ia dikelilingi oleh tasik jernih bak kristal dan gunung-ganang yang diliputi salji.

Air Terjun Lower
USA


Air Terjun Lower berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

Air Terjun Jim Jim
Australia


Setinggi 215 meter, Air Terjun Jim Jim memaparkan pemandangan yang sangat cantik.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2013/12/top-10-air-terjun-paling-cantik-di-dunia.html#ixzz3bao21fgQ
=============================================================

drgt
SCAR TONER

Kebaikan
  • Mengecilkan liang roma.
  • Menyerikan  dan menyegarkan kulit secara semula jadi.
  • Menghasilkan wajah yang radian, lembap dan tampak lebih muda.
  • Sebagai agen untuk membantu menghalang wujudnya jerawat, jeragat dan lain-lain kecelaan wajah.
  • Melembutkan kulit dengan berkesan
  • Mengimbangkan pH kulit dan mengeluarkan sisa  tinggalan dari pembersih
  • Mengelakkan sel-sel dari mengeleber kerana berupaya untuk menahan dari tarikan graviti dan usia

 toner-skin-careMengandungi ramuan yang menghidratkan atau menenangkan kerangsangan kulit wajah.

Gunakannya sebelum pelembap atau selepas cucian wajah.

Cara Penggunaan 

  • Basahkan kapas muka dan semburkan sedikit penyegar ke atas kapas.
  • Tekapkan beberapa kali ke seluruh muka. (jangan gosok atau tonyoh)