Wednesday, May 13, 2015

6 TABIAT KECANTIKAN YANG ANDA TIDAK PERASAN DITUNJUKKAN DALAM DRAMA KOREAN

Jika anda menonton drama Korea pasti anda biasa lihat tabiat kecantikan yang diamalkan mereka bukan? Ini antara tabiat kecantikan diri yang biasa ditunjukkan dalam drama boleh anda amalkan.
oren
1. Makan buah oren/limau
Ya, ia adalah paling tebaik untuk anti penuaan. Malah, dalam drama My Love from Another Star, watak Cheon Song Yi sentiasa makan buah oren bagi memastikan wajahnya awet muda. Selain untuk anti penuaan, oren dan lemon mempunyai ekstrak citrus yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit yang rosak. Ianya kaya dengan Vitamin C dan zink yang akan membantu untuk menghilangkan jerawat.
heirs5-00009
2. Hidrat
Menghidratkan diri anda dengan air mungkin salah satu tabiat yang terbaik boleh anda cuba bagi mempunyai kulit yang baik dan menjaga kesihatan tubuh badan. Seperti Park Shin Hye dalam salah satu babak drama Heirs minum air untuk menghidratkan dirinya. Malah dalam kehidupan sebenar juga PSH telah mendedahkan bahawa rahsia untuk kulit cantik adalah dengan bersenam, sentiasa senyum dan minum banyak air.
sheet mask
3. Sheet mask
Dalam My Love from Another Star, Cheon Song Yi ada menunjukkan cara penggunaan sheet mask. Sheet mask ini benar-benar berfungsi jika anda gunakan jenis yang sesuai untuk kulit. Malah, selebriti dari timur dan barat seperti Cate Blanchett dan Fan Bing Bing juga menggunakan sheet mask sebagai rejim kecantikan harian mereka.
lie to me
4. Sauna/Stim
Jika anda perasan banyak drama Korea seperti Lie To Me dan My Girl menghabiskan masa bersama keluarga mereka dengan berkunjung ke sauna. Bukan sahaja ia untuk bersantai tetapi sauna dan stim mempunyai manfaat kesihatan dan baik untuk kulit anda. Kedua-duanya meningkatkan degupan jantung, membuka liang pada kulit, membebaskan toksin dari badan, boleh mengurangkan dan melegakan selesema, meremajakan kulit.
satin
5. Tidur atas sutera ataupun satin
Tidur di atas kain sutera ataupun satin adalah sangat bermanfaat untuk kulit serta rambut. Anda mesti sedar bahawa semua ahli elit dalam Saeguks dan beberapa watak tertinggi dalam drama diraja Korea tidur di tempat tidur dari sutera. Bukan sahaja simbol status, ia juga melakukan keajaiban bagi kulit dan rambut anda! Sutera mengandungi protein semula jadi dan 18 asid amino penting yang membantu menjaga kulit anda lebih muda dan cantik.
saeguk
6. Ikat rambut, jauhkan dari wajah
Ini lagi satu contoh dari drama diraja Korea di mana kebanyakkan wanita akan mengikat rambut mereka malah menjauhkannya dari wajah. Jika anda punya rambut panjang, sebaiknya ikat rambut anda ke belakang. Rambut mengandungi kotoran dan minyak penyebab jerawat. Kurangkan penggunaan minyak rambut dan gel untuk mengurangkan potensi jerawat. 
Sumber – dramafever
==========================================================
fr4f
SET JALINAN QASEH 2 IN 1

Boleh Mengatasi
·       Masalah Jeragat
·       Masalah Jerawat Parah
·       Parut dan Cela
·       Tona Kulit Tidak Sekata
·       Kulit Gelap
·       Bintik Hitam

 Kandungan
  • Sabun
  • Krim kunyit

Cara guna
·       Basahkan muka, ratakan buih sabun keseluruh muka. Cuci selama 2-3 minit. Bilaskan dengan air dan keringkan dengan tuala bersih.
·       Gunakan D’kunyit Krim atau Krim Jeragat pada waktu malam sahaja. Sapukan dengan rata keseluruh muka secara nipis (kecuali mata dan mulut).