Friday, May 08, 2015

11 BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENCUCI

Buahan seperti lemon dan limau nipis sangat dikenali sebagai agen pencuci kan? Namun, banyak bahan lain yang boleh menyenangkan kehidupan seharian pembaca andai ia digunakan pada cara yang betul. Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran?
Ya, jangan tak percaya, bahan-bahan tersebut juga sebenarnya digunakan sebagai formula untuk dimasukkan dalam kandungan bahan pencuci pada hari ini.

Tepung Jagung
Sebagai bahan penanggal kesan minyak

Tepung Jagung

Ya, mesti situasi ini selalu terjadi. Apabila makan di sofa ruang tamu, akan terdapat minyak yang terjatuh ke permaidani mahupun sofa sendiri. Untuk menghilangkan kesan tersebut, tabur tepung jagung sehingga menutupi kesan minyak dan biar ia selama 15-20 minit.


Minyak Zaitun
Mampu hilangkan getah pokok

Minyak zaitun

Mungkin ada antara pakaian yang pernah terkena getah pokok, maka teknik ini boleh dicuba. Cuma sapukan sedikit minyak zaitun di bahagian pakaian tersebut, ia akan tertanggal dengan sendirinya.



Beras
Mampu mencuci pengisar kopi

Beras

Teknik ini juga boleh diaplikasi untuk pengisar rempah. Caranya mudah, hanya ambil sedikit beras dan kisar. Pastinya, ia akan sekaligus mengeluarkan sisa kopi dan rempah yang tertinggal di dalam.



Potongan Roti
Sebagai medium mengutip sisa kaca

Potongan roti
Mungkin ada sesetengah suri rumah tidak sedar, kaca yang pecah tidak dibersihkan seratus peratus. Maka, teknik ini boleh dicuba. Cuma ambil sekeping roti biasa dan jadikan seperti kain lap di seluruh kawasan kaca berderai. Ia mampu mengutip sisa-sisa kecil kaca yang mungkin tidak kelihatan di pandangan mata kasar.


Garam
Sebagai bahan peluntur tumpahan wain merah

Garam

Bagi menghilangkan kesan wain merah, pembaca cuma perlu menggunakan garam kerana garam merupakan agen yang akan menyerap tumpahan tersebut. Namun, ia harus dilakukan segera sebelum kering.



Kacang Walnut
Untuk hilangkan calar pada perabot kayu

Kacang walnut

Hanya kupas kacang walnut dari kulitnya dan sental di bahagian yang bercalar. Kemudian, gunakan tangan untuk menyapu kesan minyak yang keluar dari biji walnut.Selepas beberapa minit, ambil kain dan lap perlahan-lahan di kawasan calar tersebut. Hasilnya pasti mengagumkan kerana kesan calar akan hilang!



Bawang
Untuk hilangkan kesan karat pada pemanggang

Bawang

Caranya mudah, panaskan sebentar pemanggang, kemudian gosok belahan bawang di bahagian yang berkarat. Pastinya, sisa-sisa makanan dan kesan besi karat akan tertanggal selepas itu.



Sos Tomato
Untuk kilatkan barangan tembaga

Sos Tomato

Mungkin tidak ramai yang akan mengaplikasikan teknik ini pada barangan tembaga mereka, namun apa salahnya mencuba, bukan? Senang sahaja, cuma sapukan sos tomato di sekitar permukaan tembaga dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. Tembaga akan menjadi berkilat seperti sediakala.



Kulit Timun
Boleh hilangkan contengan di dinding dan meja

Kulit Timun

Bagi ibu bapa yang memiliki anak ‘kreatif’ dan ‘berseni’, mereka boleh menggunakan kulit timun untuk menghilangkan kesan contengan di dinding. Malah, jika ada yang cuba mengelak daripada kesan wap pada cermin ketika mandi, cubalah tip menggosok kulit timun di situ sebelum mandi.



Kulit Pisang
Sebagai bahan mencuci barangan perak

Kulit Pisang

Jangan pandang enteng akan keberkesanan kulit pisang. Jika ada pembaca yang memiliki barangan berasaskan perak, cuba guna teknik mengilatkan barangan tersebut mengunakan kulit pisang.



Coca cola
Sebagai agen pembersih tandas

Coca cola

Sebab itu ramai yang menegah untuk selalu meneguk minuman coca cola kerana kesannya sangat kuat. Tak percaya, cuba curah air coca cola ke dalam mangkuk tandas dan lihat kesannya beberapa minit selepas itu. Ia mampu menanggalkan kesan kotoran di sekitar mangkuk!


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/10/11-bahan-makanan-yang-boleh-digunakan.html#ixzz3ZWxX8koa
===============================================================

foot patch - Copy
FOOT PATCH
Kebaikan
  • Membuang toksin dalam badan dan air berlebihan
  • Membuat badan menjadi lebih bertenaga dan mengurangkan sakit kepala
  • Mengurangkan sembelit dan masalah sukar tidur
  • Melegakan sakit tumit
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Mengurangkan Allegik
  • Menormalkan tekanan dan aliran darah dalam badan

Cara Penggunaan
  1. Basuh Kaki terlebih dahulu
  2. Tampal foot patch sebelum tidur
  3. Pastikan foot patch berada rapat pada permukaan tapak kaki
  4. Jangan guna semula foot patch yang sudah digunakan
PESAKIT JANTUNG,WANITA MENGANDUNG,WANITA MENYUSUKAN ANAK DILARANG MENGGUNAKAN FOOT PATCH.
DIDATANGKAN DENGAN GARAM MANDIAN KASTURI

Khasiat 
  • Meningkatkan aura dan potensi diri
  • Memberi ketenangan hati dan minda
  • Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi
  • Mencerahkan kulit serta mengembalikan keremajaan tubuh badan
  • Membuang kekotoran,toksin dan sel-sel kulit mati
  • Melancarkan peredaran darah
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat,parut dan lain-lain

Cara Pakai
Letakkan 5 sudu dalam baldi air dan rendam kaki anda selama 15 minit.Selepas itu gunakan foot patch untuk pembuangan toksik lebih berkesan.