Thursday, May 21, 2015

8 TIP CANTIKKAN GAMBAR SELFIEMU!

Dunia Remaja dan selfie /bergambar memang tak dapat nak dipisahkan. Pasti ramai di luar sana yang sering sahaja merungut kerana gambar-gambar yang di ambil tidak menepati citarasa dan sering menjadi ‘bahan ketawa’ orang lain kerana tidak begitu sempurna.

Relax, dengan 8 tip yang kami kongsikan ini pasti akan membuatkan kamu semua berterima kasih kerana dapat keluar dari ‘dilema’ yang sering dihantui diri. So, jangan buang masa! Baca artikel ini sepenuhnya!

# 1 | JANGAN MEBELAKANGI CAHAYA!
Terang, terang dan terang …. Itu kata kunci untuk mencantikkan gambar-gambarmu! Pasti kamu tidak mahu lihat gambar-gambar yang di ambil kelihatan gelap bukan ? Jadi, sebelum kamu tekan butang ‘snap’ pastikan kamu memilih arah cahaya yang betul terlebih dahulu. Jangan membelakangi cahaya kerana ia akan membuatkan wajah kelihatan gelap dan kusam. Cuba berdepan dengan cahaya melainkan jika kamu memang ingin memberi kesan silhouette pada gambar.

# 2 | PAKAI BEDAK ASAS YANG NIPIS & RATA
Untuk elakkan kulit wajah kelihatan kelabu dan tidak sekata, pastikan kamu memakai bedak asas yang tidak terlalu tebal . Ini kerana, apabila bergambar kulit wajah kamu akan kelihatak pelik dan tidak selari dengan warna tubuh badan. Lebih memalukan, wajah akan kelihatan bertompok dan pelik. Situasi ini akan memaksa kamu untuk ucapkan selamat tinggal pada perkataan ‘flawless’

# 3 |LIPS LIKE CHERRY!
Pasti kamu tidak mahu kelihatan pucat dan kusam bukan ? Okay, apa kata calitkan sedikit warna terang seperti merah, merah jambu, atau orange di bibir mengikut kesesuaian kulit wajah kamu. Calitan sedikit gincu dapat menaikkan seri wajah di dalam gambar dan percayalah pasti kamu akan kelihatan muda dan ceria!

# 4 | EKSPRESI WAJAH ITU PENTING
Salah satu punca gambar selfie tidak mendapat ‘like’ yang banyak dalah kerana akspresi wajah yang kurang menarik dan kelihatan hambar. Sebagai langkah terbaik, ambil gambar dengan beberapa ekspresi wajah mengikut situasi. Keadaan ini akan membuatkan orang lain faham dengan apa yang ingin kamu sampaikan melalui sekeping gambar. Jadi tidaklah mereka tertanya-tanya “apa motif nak post gambar macam ni hari-hari ?”. Tak gitu ? Malah ekspresi kamu itu juga boleh membantu rakan-rakan kamu memulakan topik perbulan di ruangan komen. Tak percaya ? cubalah!

# 5 | URUSKAN KENING DI WAJAH
Kening yang ‘berisi penuh’ membuatkan bentuk wajah kamu lebih menonjol. Oleh itu, sebelum kamu ingin berselfie, pastikan kamu ‘lukis’ sedikit kening kamu agar ia tidak kelihatan serabut dan terlalu semak di wajah.

# 6 | LET’S ‘SMIZE’
“Smile with your eyes!” .. Tyra Banks sentiasa akan ingatkan model-modelnya untuk lakukan pekara ini sewaktu bergambar. Jadi, gunakan kesempatan ini untuk diri kamu juga! Pikatlah hati semua yang melihat gambar mu dengan ‘smize’. Situasi ini akan membuatkan orang ingin lihat gambar-gambar kamu yang seterusnya kerana telah terpukau dengan senyuman manis kamu.

# 7 | TANGAN PANJANG PERLU KE HADAPAN!
Tangan siapa yang lebih panjang seharusnya perlu kehadapan. Itulah cara sebenar untuk ber wefie! Apabila individu yang bertangan panjang melakukan tugasan, mereka akan dapat capture momen yang terbaik. Jika di harapkan individu yang bertangan pendek percayalah, pasti tidak semua orang akan ‘muat’ di dalam gambar. Lebih tragis ada pula wajah-wajah kawan yang ‘terkerat’.

# 8 | JANGAN LUPA FILTER!
“Eh, saya tak perlukan filterlah!” – siapa kata kamu tidak memerlukan filter ? Girls, kamu hanya tidak memerlukan filter jika gambar kamu itu benar-benar sudah sempurna. Jika tidak, kamu harus rajinkan diri untuk mengedit gambar. Filter tidak bermaksud kamu perlu edit untuk kelihatan cantik. Filter sebenarnya untuk menambahkan ‘dramatik’ pada gambar yang di ambil sahaja agar ia tidaklah membosankan dan membuatkan orang lain rasa ‘nothing’. Jadi, jangan lupa selitkan unsur filter jika kamu ingin lihat gambar kamu kelihatan sempurna.

Sumber: REMAJA
==================================================
drgt
SCAR TONER

Kebaikan
  • Mengecilkan liang roma.
  • Menyerikan  dan menyegarkan kulit secara semula jadi.
  • Menghasilkan wajah yang radian, lembap dan tampak lebih muda.
  • Sebagai agen untuk membantu menghalang wujudnya jerawat, jeragat dan lain-lain kecelaan wajah.
  • Melembutkan kulit dengan berkesan
  • Mengimbangkan pH kulit dan mengeluarkan sisa  tinggalan dari pembersih
  • Mengelakkan sel-sel dari mengeleber kerana berupaya untuk menahan dari tarikan graviti dan usia

 toner-skin-careMengandungi ramuan yang menghidratkan atau menenangkan kerangsangan kulit wajah. Gunakannya sebelum pelembap atau selepas cucian wajah.

Cara Penggunaan 

  • Basahkan kapas muka dan semburkan sedikit penyegar ke atas kapas.
  • Tekapkan beberapa kali ke seluruh muka. (jangan gosok atau tonyoh)