Thursday, May 28, 2015

TIPS JAGA ALAT SOLEK

Wanita dan alat solek memang sukar dipisahkan. Walaupun seseorang wanita itu tidak suka bersolek namun dia pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya dua atau tiga jenis alat solek seperti gincu, pengilat bibir, bedak padat dan pensil penggaris mata.
Namun ramai antara kita yang suka membeli alat solek tetapi tidak tahu menjaganya. Sebenarnya penjagaan alat solek amat penting untuk memastikan produk sentiasa bersih dan tidak memudaratkan kulit wajah kita nanti.
Di bawah ini antara panduan penjagaan alat solek yang perlu anda tahu dan amalkan. Jangan tahu pakai sahaja…
1. Pastikan alatan solek sentiasa dalam keadaan baik, buang produk yang sudah berbau atau berubah warna.
2. Jangan berkongsi span mahupun alat solek dengan rakan-rakan atau mereka yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan sebagainya kerana boleh menjangkiti wajah anda dengan cara happy wheels demo pemindahan kuman.
3. Set berus alat solek juga perlu dicuci dalam jangka masa tertentu, misalnya sekali seminggu. Mudah untuk mencuci berus alat solek. Rendam dalam gelas berisi air suam yang dicampur sedikit syampu. Kemudian bilas bersih dan biar kering. Begitu juga dengan span bedak muka perlu sentiasa bersih. Paling mudah, anda boleh gunakan tisu lembap untuk mencuci.
4. Asah pensel mata atau pensel gincu setiap kali digunakan bagi mendapatkan lapisan baru. Lapisan lama mungkin sudah kotor dan tidak sesuai jika digunakan kerana mungkin sudah dijangkiti kuman.
5. Sekali-sekala kosongkan beg solek anda dan cuci supaya bersih. Gunakan kembali sekiranya masih elok. Jika sudah usang atau sudah lama digunakan, sebaik-baiknya tukarlah kepada yang baru.
Sumber: Jelita
===================================================

gsfg

COVERMARK FOUNDATION

Fungsi

  • Bedak asas  SPF 60, melindungi dari sinaran UV
  • Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
  • Merawat masalah wajah yang rosak
  • Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
  • Tahan 12 jam dan tidak berminyak
  • Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
  • Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita 

Keistimewaan
·      Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
·      Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
·      Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.
·      Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.