Anda ingin melakukan kebaikan dengan amalan sedekah? Nah, kami tunjukkan kepada anda beberapa cara kreatif dan terbaik untuk mendorong anda mengamalkan sifat yang mulia itu.
1. Letakkan sedikit makanan kucing dan mangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing jalanan yang datang.
2. Sisihkan sedikit dari hasil gaji anda untuk disumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim.
3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada mereka yang susah.
4. Letakkan sebuah kotak kecil di bilik. Setiap kali anda merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap sebulan, buka kotak tersebut dan sedekahkan wang itu kepada mereka yang memerlukan.
5. Jika anda hadir pada acara keramaian (keluarga atau sahabat), belilah satu atau dua kotak air mineral, dan niatkan untuk sedekah kepada mereka.
6. Jika anda membeli barang dari peniaga-peniaga kecil, kemudian peniaga berkenaan ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuk mereka sebagai suatu sedekah.
7. Belilah Al-Quran untuk diletakkan di masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan anda dapat dari setiap huruf ayat yang dibaca oleh mereka yang datang ke masjid.
8. Berikanlah perasaan gembira kepada semua orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang ikhlas.
9. Lemparkan senyuman kepada orang yang anda temui, berilah salam dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semua itu merupakan suatu sedekah.
10. Sebelum tidur, ampuni setiap orang yang telah menyakiti dan menzalimi diri anda.
11. Sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang telah meninggal dunia.
Mudah, bukan? Jom sama-sama kita amalkan.
Sumber: Wanista