Memastikan kulit hidrasi
Face mist membantu kulit wajah dalam mengekalkan lembapan yang cukup serta tidak kering. Dengan sekali semburan sahaja kulit akan segar kembali secara magis.
Juga bertindak seperti masker mini pada wajah
Semburkan face mist pada kapas wajah dan letakkan pada sekitar wajah yang sudah dicuci dengan bersih. Biarkan selama 10 minit. Kulit akan terasa lebih segar dan tiada lagi masalah kulit kering.
Pelengkap solekan
Ianya juga bagus dalam bertindak sebagai pelengkap solekan. Setelah selesai bersolek, amalkan dengan menyemburface mist pada wajah kerana ia membuat solekan tampak lebih kemas dan semulajadi.
Mengemas sikatan rambut
Selalunya kita akan menggunakan air untuk mengemaskan sikatan rambut, tetapi pernahkah anda cuba menggunakanface mist untuk kaedah yang sama? Hasilnya lebih kemas dari menggunakan air kerana impaknya tidak terlalu basah seakan air. Bahkan ia juga mempercepatkan rambut yang basah untuk kering.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Vitamin C Serum + Collagen boleh lembapkan kulit dan menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Selain itu, ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.
Keistimewaan
- Cepat meresap ke dalam kulit dan melembapkan wajah dengan lebih efektif
- Meremajakan kulit wajah
- Mencerah dan menyekata warna kulit wajah
- Melambatkan proses penuaan
- Mencegah kedutan