Kulit Berminyak
Kulit berminyak menghasilkan banyak sebum atau minyak semula jadi kulit. Ia perlu dibersihkan secara teratur. Sebaiknya hindari sabun yang mengandungi glycolic acida dan pilih yang mengandungi lebih banyak bahan semula jadi seperti oatmeal, sea salt dan tea tree oil kerana ia lembut pada kulit.
Kulit Kering
Berbanding dengan kulit berminyak, kulit kering tidak merembeskan sebum secukupnya. Oleh itu anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih sabun kerana kulit kering lebih berisiko rosak berbanding dengan jenis kulit berminyak. Pilih sabun dengan kandungan gliserin yang mudah larut saat dicampurkan dengan air. Selain itu juga pilih sabun yang memiliki kandungan aloe vera, minyak zaitun, jojoba, mentega koko, ekstrak avokadi untuk meningkatkan kelembapan kulit.
Kulit Sensitif
Sabun untuk kulit sensitif harus bebas pewangi dan pewarna. Biasanya komposisi sabun dibuat dengan aras pH yang lebih seimbang. Hindari penggunaan sabun bersifat pembunuh kuman atau antiseptik. Selain bersifat mengeringkan, ia tidak sesuai untuk anda yang mempunyai masalah ekzema. Pilih sabun cecair yang mengandungi pelembap.
Kulit Normal
Berbanding mereka yang memiliki kulit jenis kombinasi, bahagian kulit cenderung berminyak di kawasan dahi dan hidung. Sementara bahagian lain pula cenderung kering. Sebaiknya elakkan sabun yang diformulasikan khusus untuk kulit kering atau kulit berminyak kerana akan menyebabkan kulit wajah akan lebih berkilat dek minyak.
-----------------------------------------------------------------
Kelebihan Penggunaan
- Membantu menegangkan kulit wajah
- Menjadikan kulit lebih anjal
- Mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah
- Memutihkan kulit wajah
- Mencerahkan muka anda
- Menyerikan wajah
Cara Penggunaan
- Pertama sekali basahkan muka dengan air. Kemudian letakkan sabun di tapak tangan dan usapkan di wajah dengan lembut dan biarkan beberapa minit. Akhir sekali bilas muka dengan air.
- Gunakannya setiap hari dan anda akan lihat perubahannya sendiri pada kulit muka anda yang akan menjadi sangat cantik, gebu dan cerah.