Monday, May 18, 2015

PENAWAR LAZAT SEMASA SELESEMA

SELESEMA




Faktor cuaca yang tidak menentu sering mengundang penyakit seperti selesema. Lebih melemaskan jika gejala ini turut menjangkiti ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Perasaan tidak selesa di bahagian tekak, hidung berhingus dan tersumbat, bersin serta sakit-sakit badan lazimnya membuat kita hilang selera makan. Lalu apa yang wajar dilakukan? Ayuh ketahui saranan makanan yang patut dicuba sewaktu dilanda selesema.

LOLI AIS
Kudapan popsicles dingin atau loli ais boleh membantu menyejukkan tekak yang bengkak, kering dan kesakitan. Ia juga membuatkan tubuh anda lebih lembap bagi menentang derita selesema. Mendapatkan cecair yang secukupnya juga boleh menipiskan mukus serta mengurangkan kesesakan dada. Dapatkan loli ais yang diperbuat daripada 100% jus buah agar anda mendapat manfaat nutrien dan bukannya gula.

JUS SAYURAN
Sewaktu selesema, membuat dan makan salad mungkin perkara terakhir yang anda fikirkan. Oleh itu, kisar sayuran seperti lobak, seleri, timun, tomato atau sebagainya untuk dijadikan jus. Ini dapat membekalkan khasiat antioksidan dan membuat tubuh lebih terhidrat. Anda juga boleh membuat jus buah-buahan jika mahukan rasa yang lebih manis.

SUP AYAM
Terdapat beberapa bukti saintifik yang menunjukkan bahawa sup ayam boleh membantu memulihkan ketidakselesaan dan memberi kesan anti-inflamasi. Kajian juga menunjukkan bahawa sup ayam panas boleh meningkatkan fungsi cilia, iaitu bahagian bulu-bulu halus di dalam salur hidung yang melindungi tubuh daripada bakteria serta virus.

BAWANG PUTIH
Menikmati bawang putih di dalam sup anda dapat membekalkan khasiat antimicrobial dan merangsang imun tubuh badan. Ia juga boleh melegakan rasa sesak dada akibat selesema.

HALIA
Rasa sakit perut? Loya? Halia merupakan sejenis remedi di rumah yang sering diguna untuk melegakan simptom-simptom di atas. Kajian turut mendapati bahawa ia juga membantu untuk menentang inflamasi. Oleh itu, cuba taburkan halia parut atau serbuk halia ke dalam makanan anda, serta nikmati minuman air halia untuk rawatan segera.

ROTI BAKAR
Sekeping roti bakar dapat menjadi kudapan penenang sewaktu anda bertarung dengan penyakit. Ia juga sesuai dinikmati bersama sup ayam dan boleh menghilangkan rasa lapar sewaktu selesema.




----------------------------------------------------------------------------------------------

glora capuccino



Glo’ra Cappucino adalah kopi untuk mencerahkan kulit yang kusam atau gelap dengan pantas dan efektif. Kesan pemutihan akan dialami dari hujung rambut ke hujung kaki menjadikan kulit seluruh badan anda mendapat warna yang sekata, lebih cerah dan putih serta halus bak kulit bayi.
Campuran sebuk mutiara iaitu bahan pelembap semulajadi kulit anda, sumber protein, vitamin B kompleks, polisakarida, dan sedozen mineral kepada tubuh badan. Serbuk mutiara juga mengandungi asid amino yang berfugsi spesifik untuk menggelakkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien dan idak memperlihatkan kulit kelihatan tua dan berkedut.

Kebaikan Glo’ ra Cappucino
  • Menerangkan mata dan awet muda
  • Meningkatkan tenaga dan mengurangkan stress
  • Merapat, memontok, menegang dan menyerikan
  • Melembutkan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Wajah kelihatan lebih cerah, gebu, bersinar dan berseri-seri
  • Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
  • Meningkatkan imunasi badan, baik untuk kesihatan luaran dan dalaman
  • Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  • Melangsingkan dan menjadikan bentuk badan menarik
  • Rambut lebih sihat, bersinar dan lembut
  • Untuk kuku kaki dan tangan yang sihat dan cantik
  • Sesuai untuk semua wanita yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman