Wednesday, May 20, 2015

4 JENIS DIAM MENURUT SUNNAH RASULULLAH SAW


1. Al- Hilmu. 
Maknanya santun iaitu berdiam ketika emosi sedang terganggu. Umpamanya, kita berdiam kerana menahan perasaan amarah apabila emosi kita secara sengaja atau tidak diganggu oleh orang lain. Maka sesiapa yg mampu berdiam tatkala hati sedang marah, dialah orang yg paling kuat mengikut pandangan Rasulullah SAW.

2. Al- Taqdir 
Berdiam dengan meletakkan seluruh pendengaran dan penglihatan kita kepada orang yg sedang bercakap di hadapan kita. Maknanya, adalah sunnah apabila orang lain berkata2 kpd kita maka kita diam dan mendengar sepenuh perhatian dgn maksud yg ingin disampaikan olehnya.

3. Al- Tafkir 
Berdiam ketika berfikir iaitu berfikir yg dimaksudkan adalah perihal tentang perkara yg kekal dan bermanfaat. Adapun perihal kekal dan bermanfaat itu merujuk kepada hal-hal bukan hanya keduniaan semata tetapi merangkumi hal-hal akhirah dan abadi serta membawa manfaat kepada seluruh umat. Rasulullah SAW ketika bertafakur sering memikirkan perkara2 yg membawa kebaikan yg abadi dan bermanfaat untuk umatnya.

4. Al - Hadar
Berhati-hati. Maksudnya, berdiam dengan mengambil perkara yg baik supaya diteladani oleh orang lain serta meninggalkan perkara buruk supaya orang lain juga mengikutinya. Bahkan kepada perkara2 seperti memilih ijtihad atau pandangan2 yg terbaik untuk diamalkan oleh umat Islam yg lain.

Sumber: Mariafirdz