Sunday, May 31, 2015

TIP MEMILIH FESYEN KARDIGAN

Kardigan kini pilihan gadis muslimah.
Kardigan, atau 'sweater' yang terbuka di bahagian depan mulai menjadi pilihan utama gadis-gadis berhijab urban. Ia bukan sahaja menjadikan gaya seseorang itu tampak 'lincah' dan stailo, malah ia juga mampu menjadi umpama pelindung kepada tubuh badan agar tidak menampakkan bentuk tubuh. 

Tip Memilih Fesyen Kardigan

1.Jika kamu mengenakan blaus atau top yang agak ketat, sebaiknya kamu mengenakan kardigan yang besar dan labuh.

2.Jika blaus atau top yang dipakai pada bahagian dalam besar, longgar dan labuh, kardigan separas pinggang cukup menyerlahkan gayamu.

3.Kardigan bercorak seperti flora atau zigzag sesuai dipadankan dengan top atau blaus polos. Manakala jika bahagian dalam pakaian bercorak, padankan dengan kardigan polos. 

4.Pilih warna kardigan yang lembut seperti warna pastel.

5.Namun, warna-warna klasik seperti hitam, coklat dan putih ialah warna wajib ada kerana ia sesuai digayakan dengan apa jua warna penampilanmu.

6.Beri suntikan gaya retro dengan kombinasi bersama pemakaian skirt labuh potongan A-Line.

7.Kardigan polos tampak lebih menyerlah dengan adanya aksesori tangan dan tas tangan dengan rekaan corak. 

Sumber: Dara Karangkraf
========================================
SERUM JALINAN QASEH
 VITAMIN C SERUM + COLLAGEN
Vitamin C Serum + Collagen boleh lembapkan kulit  dan menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Selain itu, ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.
Keistimewaan
  • Cepat meresap ke dalam kulit dan melembapkan wajah dengan lebih efektif
  • Meremajakan kulit wajah
  • Mencerah dan menyekata warna kulit wajah
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencegah kedutan