Monday, May 18, 2015

AWAS! BAHAYA PENGGUNAAN 'HEADPHONE' DAN 'EARPHONE'

Tidak pelik kalau dilihat anak muda menggunakan ‘earphone’ untuk mendengar muzik ketika menunggu teman, duduk seorang diri sambil minum atau membaca dan paling kronik menjadikan kewajipan untuk tidur malam. Itu adalah obsesi kebanyakan anak muda hari ini.

Malah, ada juga yang mengenakan ‘headphone’ untuk kelihatan lebih bergaya lebih-lebih lagi beberapa jenama terkenal dari barat sudah memperkenalkannya sebagai satu gaya hidup moden terbaru golongan remaja seluruh dunia. Justeru mana mungkin remaja kita mahu ketinggalan. Ada juga yang mengenakan ‘earphone’ ketika memandu bagi mengelakkan kecuaian bercakap dalam telefon ketika memandu. Kemudian ‘earphone’ itu tidak ditanggalkan walaupun sudah habis berbual. Semua tindakan ini ada kesannya dan berbahaya namun jarang sekali kita sedar. Mengikut kajian, penggunaan kedua-dua alat ini boleh menyebabkan kesan negatif berpanjangan. Apakah sebabnya?

Meningkatkan kadar bakteria dalam ­telinga. Percaya atau tidak, udara bersih di sekeliling anda tidak berupaya memasuki telinga. Ini kerana pemakaian alat itu menyebabkan ruang udara di telinga menjadi padat dan kecil. Bakteria yang didapati dalam telinga juga akan meningkat jumlahnya jika anda terus menerus memakai alat itu tanpa henti. Mengikut kajian, telinga anda tidak boleh menampung pelbagai bakteria dan pemakaian dua alat kegemaran golongan muda ini secara berterusan akan menyebabkan kesakitan pada telinga pada masa hadapan. Mendengar muzik dengan kuat pada ‘earphone’ boleh merosakkan telinga dan menurunkan kekuatan daya pendengaran Ketika anda memakai alat ini, ia berada berdekatan bahagian dalam telinga yang sensitif. Anda akan kehilangan keupayaan mendengar secara efektif sekiranya muzik dengan ‘volume’ yang kuat didengar secara berterusan. Namun, itulah realiti kebanyakan anak muda ketika menggunakan alat ini yang mana mereka lebih gemar meletak ‘volume’ kuat seakan-akan mendengar konsert atau menonton acara sebenar. Kajian mengatakan yang masalah pendengaran adalah lebih tinggi dalam kalangan ‘earphone’ berbanding alat pembesar suara di rumah.

Memakai dua alat ini ketika memandu atau melancong tidak digalakkan. Memanglah pemakaian alat ini dikatakan sebagai trend, tapi ada juga situasi di mana alat ini tidak boleh dipakai kerana bahaya yang menanti. Misalnya, penggunaan alat ini di saat memandu adalah sangat ditegah. Anda tidak mendengar bunyi kenderaan di belakang atau di depan anda dan ini boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Banyak laporan berita dan rekod yang mengatakan punca berlakunya kemalangan dalam kalangan anak muda adalah mereka sedang menggunakan ‘headphone’ ketika memandu hingga tidak sedar isyarat yang diberikan oleh kereta lain.

Kesan negatif pada kesihatan. Walaupun mendengar muzik di telinga tampak lebih tenang dan santai, ia juga menyebabkan kepala pening bagi sesetengah orang. Tidak cukup dengan itu, perkongsian alat ini juga boleh membawa kepada masalah jangkitan telinga.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/04/awas-bahaya-penggunaan-headphone-dan.html#ixzz3aSf5DKKH
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

=======================================================
lips prt w
images (2)
PRETTY WHITE SEXY LIPS

Kelebihan
  • Merawat masalah bibir merekah
  • Pecah
  • Ulser
  • Mencerahkan bibir
  • Menjadikan bibir merah jambu
  • Bibir tampak lebih seksi serta mungil