Wednesday, March 18, 2015

7 PETUA HILANGKAN SELULIT

Selulit antara masalah yang paling dibenci oleh wanita terutamanya bagi mereka yang baru lepas bersalin dan menghilangkan berat badan. Apakah cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit? Jom baca dibawah.

1) Senaman
Bersenam at least 10 hingga 20 minit sehari atau amalkan aktiviti sukan / riadah at least 3 kali seminggu bagi membantu proses pembakaran lemak. Bersukan juga amat baik untuk jantung anda.
2) Essential Oil
Kalau rasa malas nak bersenam, boleh guna essential oil seperti essential oil of lemon citrus limonum. Essential oil ini adalah bahan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan selulit dalam kulit. Kalau tak ada essential oil, boleh juga guna olive oil atau minyak zaitun dan garam laut untuk rawatan di rumah sebelum mandi bagi melancarkan perjalanan darah.
3) Junk Food
Stop dari mengambil junk food sebab pengambilan junk food ini umpama anda memberi makan kepada selulit supaya ia terus besar dan gemuk. Kurangkan makanan berminyak dan amalkan pemakanan yanng sihat.
4) Natural Bristle Dry Skin Brush
Guna berus ini untuk menggosok tempat yang ada selulit setiap hari sebelum mandi. Berus ini boleh didapati di farmasi atau The Body Shop. Berus ini digunakan untuk membuang kulit mati dan dapat melancarkan perjalanan darah di tempat yang ada selulit itu.

5) Sauna / Mandi Wap
Rawatan sauna atau mandi wap di spa sangat bagus sebab ia dapat merangsang peredaran darah dengan baik dan memecahkan lemak.

6) Kafein
Elakkan daripada menjadikan minuman kafein seperti kopi sebagai minuman wajib bagi anda setiap hari. Cuba kurangkan pengambilannya. Seeloknya jangan ambil lebih daripada 1 cawan kopi dalam 1 hari.

7) Serbuk Kopi
Selain digunakan untuk buat air kopi, anda juga boleh menggunakan serbuk kopi untuk menghilangkan selulit. Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 cawan serbuk kopi
  • 1/2 cawan gula atau garam laut
  • 2-3 sudu besar massage oil (Contoh : Lavender Massage Oil)
Cara-caranya :
  1. Campur kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati.
  2. Lulur campuran tadi ke seluruh tubuh anda.
  3. Urut secara lembut terutama di bahagian selulit.
  4. Bilas tubuh dengan air suam.
Amalkan beberapa kali seminggu sehingga anda berpuas hati. selamat mencuba !
=====================================================================
SPA SALT MAMPU MENGHALUSKAN TUBUH BADAN
IMG_1757 copy
Spa Salt merupakan sabun pembersih badan yang mengandungi garam dan kunyit yang dapat menghilangkan kotoran atau daki-daki di badan dengan cepat dan berkesan.

Keistimewaan
  • Mencerahkan kulit
  • Menghaluskan tubuh badan
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Membantu merawat kulit bermasalah
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Menganjalkan kulit
  • Mengurangkan masalah selulit
  • Membantu memecahkan lemak

Cara Menggunakan 
Lulur spa salt di seluruh badan & susurkan ke bahagian badan terutamanya di celah peha, di bawah lengan, siku, lutut &  biarkan selama 5-10 minit. Kemudian bilas sehingga bersih