Saturday, March 28, 2015

MITOS @ FAKTA SINAR UV

Cyber_White_Skincare_BB_Model_expires_June_2013

1. Mitos: Anda tidak akan mendapat selaran suria pada hari yang mendung.
Fakta: Anda masih mengalami selaran suria pada hari mendung kerana radiasi UV boleh menembusi kabus, awan dan kabut tebal.

2. Mitos: Menggabungkan losen SPF5 dengan losen SPF10 akan memberikan perlindungan SPF secara keseluruhan yang lebih tinggi.
Fakta: SPF tidak berfungsi begitu, walaupun anda mengoles SPF 15 dengan dua lapisan, kesannya tetap sama. Ia tetap akan memberi perlindungan sebanyak 93% daripada sinaran UV. Tiada SPF yang mampu memberi perlindungan 100%.

3. Mitos: Berjemur di bawah matahari tidak mengapa asalkan kulit terkena selaran matahari (sunburn)
Fakta: Walaupun terkena sedikit cahaya matahari ia tetap berkemungkinan untuk mengalami masalah kulit seperti melanoma (kanser kulit). Lebih banyak anda terdedah kepada cahaya matahari lebih tinggi peratusan anda untuk mengidap penyakit ini.

4. Mitos: Payung di pantai dapat melindungi anda dari cahaya matahari
Fakta: Pasir pantai berupaya memantulkan 17% radiasi UV, jadi terlindung bagaimanapun anda terdedah kepada sinaran UV. Namun berlindung sedikit sebanyak dapat membantu asalkan anda memakai losen tabir suria.

5. Mitos: Matahari tidak boleh menembusi cermin
Fakta: Cermin hanya dapat menapis sinaran UVB tidak UVA, yang mana UVA dapat menembusi jauh ke dalam cermin lantas kepada kulit. Disebabkan itu, orang dewasa mengalami masalah jeragat atau tompok hitam lebih pada bahagian kanan, dek kerana sinaran UV ketika memandu.

6. Mitos: Pemakaian tabir suria terlalu banyak akan menyebabkan kekurangan Vitamin D
Fakta: Mungkin selama ini anda menyangka yang pendedahan maksimum pada cahaya matahari diperlukan untuk membantu badan anda menghasilkan vitamin D. Namun daripada pemakanan anda juga dapat memperoleh Vitamin D serta lain-lain nutrien. Selain itu sedikit cahaya UV mampu menembusi kulit, walaupun dengan pemakaian krim tabir suria.

7. Mitos: Memakai baju berlengan panjang dapat mengelak daripada sinar UV
Mungkin benar, tetapi hanyalah jika anda memakai baju lengan panjang yang tebal. sekiranya baju anda jarang dan boleh lihat kulit dari mata kasar, sama juga seperti sinar UV ia dapat menyerap ke dalam baju nipis terus kepada kulit.
Fakta: SPF merujuk kepada tempoh kulit boleh didedahkan kepada radiasi UV sebelum ia mula terbakar. Tahap perlindungan tetap kekal pada SPF10 walaupun ia adalah gabungan losen SPF5 dan SPF10.

Perlu Tahu mengenai Sinar UV

1. Masa adalah penting untuk mengekalkan kecerahan kulit. Radiasi UV paling tidak berbahaya pada awal pagi dan lewat petang. Bagaimanapun, pastikan anda memberikan perlindungan terhadap kulit dari sinar matahari secukupnya.

2. Perlindungan suria untuk seumur hidup. Individu yang mula menggunakan pelindung matahari setiap hari pada usia 20 tahun boleh mengurangkan pendedahan seumur hidup kepada sinaran suria pada usia 70 tahun sebanyak 57 peratus hingga 67 peratus.

3. Tentukan tahap perlindungan yang anda gunakan. Hanya percayakan produk yang menyatakan tahap perlindungan yang ditawarkan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Smart IQ

SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.

Khasiat
  • Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
  • Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
  • Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
  • Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.