Friday, March 13, 2015

PETUA HILANGKAN BAU KETIAK MASAM DAN TENGIK

Masalah ketiak berbau masam atau tengik amat merisaukan dan boleh membuatkan kurang keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Disini terdapat beberapa petua yang anda boleh amalkan untuk menghilangkan bu ketiak yang masam dan tengik itu. Selamat mencuba!

  1. Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  2. Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
  3. Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk.
  4. Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  5. Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  6. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
  7. Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  8. Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  9. Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
  10. Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
  11. Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.
=====================================================================
POPULAR PERFUME
 POPULAR PARFUM

Keistimewaan
  • Bebas dari alkohol
  • Harumannya wangi dan kekal lama
  • Memberi daya penarik kepada si pemakai