Tuesday, March 31, 2015

WANITA!!!!!!! TINGKATKAN KESUBURAN ANDA DENGAN 5 MAKANAN INI

Wanita!! Tingkatkan Kesuburan Anda Dengan 5 Makanan Ini

Secara umumnya, faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang. Bagaimanapun, faktor nutrisi juga mampu mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil.

Menurut pakar kesihatan holistik yang juga penulis buku Women-Code, Alisa Vitti, sistem reproduksi yang lebih sihat dapat diperoleh menerusi keseimbangan hormon yang terhasil menerusi diet pemakanan.
Lima makanan yang dikatakan mampu meningkatkan kualiti kesuburan wanita ialah;
  1. Avokado
  2. Biji bunga matahari
  3. Kayu manis
  4. Telur
  5. Gandum kuda.
Buah avokado kaya dengan kandungan lemak tak tepu yang dapat menambah kesuburan, manakala pengambilan tiga genggam biji bunga matahari seminggu mampu meningkatkan kualiti sel telur.
Sementara itu, Vitti memberitahu, kayu manis dan gandum kuda merupakan bahan makanan yang akan merangsang proses ovulasi wanita.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar telur diambil secara rebus separuh masak bagi mengekalkan kandungan vitamin D dan B6 untuk penghasilan progesteron iaitu hormon penting untuk kehamilan.
Elakkan menggunakan komputer melebihi lima jam sehari.
Jika pekerjaan memerlukan anda duduk berjam-jam lamanya di depan komputer, sebaik-baiknya anda segera mencari aktiviti lain. Kajian mendapati, perbuatan menggunakan komputer terlalu lama dapat menyebabkan seseorang mengalami kemurungan. Dalam kajian ke atas 25,000 orang pekerja, ramai antara mereka mengeluh kerana berasa tertekan, cemas dan sukar bangun tidur pada keesokan paginya. Mereka juga mendapati, kualiti tidur terganggu dan sukar berkomunikasi dengan rakan sepejabat. Kajian oleh para penyelidik di Universiti Chiba, Jepun itu menyimpulkan bahawa pihak atasan perlu mengehadkan waktu untuk kakitangan mereka bekerja di depan komputer.
“Hasil kajian ini menunjukkan gangguan mental dan tidur yang berpunca daripada penggunaan komputer. Waktu maksimum untuk tujuan itu disarankan tidak lebih lima jam sehari,” ujar salah seorang penyelidik, Dr. Tetsuya Nakazawa.
Makanan yang manis dan enak sememangnya berbahaya kepada kesihatan.
Hasil kajian mendapati, pengambilan makanan manis sama bahayanya dengan merokok. Seorang pakar kesihatan, Simon Capewell dari Universiti Liverpool, England berkata, pengambilan makanan manis mempunyai hubungan dengan peningkatan berat badan dan obesiti. Walaupun gula tidak mengandungi lemak, namun ia dapat menaikkan berat badan seseorang. Dalam laporan Medis Xpress, Capewell mendapati, obesiti mempunyai hubungan dengan berjuta-juta kematian akibat penyakit jantung dan diabetes setiap tahun.Hal itu boleh dicegah dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula. -Kosmo
=================================================================
HARUM QASEH WASH JQ
HARUM QASEH WASH

Fungsi
·         Membantu menyegarkan bahagian sulit wanita
·         Mengurangkan masalah keputihan
·         Gatal-gatal
·         Menghalang jangkitan bakteria
·         Membantu menguatkan otot-otot vagina
·         Memelihara mahkota wanita

Keistimewaan
  • Boleh juga digunakan di bahagian pinggul, payudara  dan rambut
  • Membantu mencerah, menganjal dan membentuk tubuh badan
  • Menguatkan akar rambut

Cara penggunaan
  • Titiskan pada tapak tangan. Sapu dan ratakan pada bahagian vagina hingga berbuih. Bilas dengan air.
  • Untuk rambut, sapu dan urut perlahan. Bilas sehingga bersih.